Rakyat Johor Sambut Baik Semangat Keluarga Malaysia Cetusan YAB PM DSIS
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia melebarkan sayapnya ke Selatan Tanah Air. Di seluruh Negeri Johor, agenda pengayaan teras Keluarga Malaysia melalui Keterangkuman, Kebersamaan, dan Kesyukuran disemarakkan melalui pelbagai agenda seperti Jelajah Pendidikan (Segamat), Karnival Muafakat (Kota Tinggi), dan Jualan Keluarga Malaysia (Johor Bahru). Banyak lagi program bermanfaat telah dirasai warga Johor sepanjang minggu lalu.
Keterangkuman Keluarga Malaysia bersifat rentas sempadan agama, bangsa, dan kaum telah menunjukkan penerimaan Bangsa Johor untuk terus bersatu padu untuk kestabilan ekonomi Johor. Masyarakat Cina dan India turut menyambut baik inisiatif yang dicetuskan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Ada dalam kalangan masyarakat bukan melayu memberi respon positif kepada kepemimpinan beliau ke arah rentak ekonomi yang lebih cemerlang.
Semangat Keluarga Malaysia dirasai di PRN Johor.Malah oleh masyarakat dari pelbagai latar belakang termasuk pengunjung dan peniaga juga menyampaikan hasrat agar program-program di bawah Keluarga Malaysia diteruskan lagi supaya manfaatnya dapat dikecapi pada masa akan datang.
DSIS juga secara peribadi membuat lawatan di beberapa kawasan di Johor termasuk Segamat, Larkin, dan Pontian. Lawatan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob ke Johor memberi 1001 makna buat mereka di sini selepas dikecewakan oleh kepimpinan PH sebelum ini, apatah lagi dengan pengumuman yang dibuat oleh PM sendiri. Ramai yang teruja dengan kehadiran beliau dan mengambil kesempatan untuk berswafoto sebagai kenangan kunjungan Perdana Menteri.
Di Segamat, lebih dari separuh dari masyarakat di daerah tersebut terdiri dari kalangan penduduk berbangsa Cina (42%) dan India (10%). Kelmarin, kunjungan DSIS bersama Datuk Seri M Saravanan mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk pelbagai kaum. Ada yang memberi maklum balas tentang harapan dan sokongan terhadap kepimpinan beliau sekaligus menyuarakan Hasrat mereka untuk sebuah kerajaan yang stabil demi pergerakan ekonomi yang lebih mantap.
YAB Perdana Menteri turut telah menyampaikan Sijil dan Cek inisiatif Jamin Kerja kepada 17 orang penerima termasuklah Majikan serta penerima bantuan Skim Insurans Pekerjaan. Dalam program ini, PERKESO menyediakan sebanyak 6,092 kekosongan jawatan yang melibatkan 20 majikan yang memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Dalam lawatan beliau ke Larkin baru-baru ini, beliau mengumumkan berita gembira buat rakyat negara ini yang tidak memiliki slip gaji kerana mereka kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah masing-masing, sekali lagi memanfaatkan generasi baharu tanpa mengira latar belakang.
Meskipun diasak oleh parti pembangkang yang bermodalkan isu lama menentang kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun fokus kerajaan BN kekal konsisten dalam usaha membantu rakyat termasuk melunaskan janji memudahcara pemilikan rumah sendiri buat golongan muda.
Dari Benut hinggalah ke Segamat, seluruh masyarakat menunjukkan sokongan kepada kepimpinan DSIS. Mesej jelas dirasai apabila kehadiran ramai penyokong di program-program anjuran kementerian, agensi kerajaan dan penyokong dari parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC dan MCA yang hadir untuk menyantuni kunjungan DSIS di kawasan masing-masing.
Tidak hairan beliau semalam berani mengumumkan sasaran Barisan Nasional akan memenangi PRN Johor kali ini dengan dua pertiga majoriti. Bangsa Johor akan kembalikan kekuatan Barisan Nasional, bersama Keluarga Malaysia!
Comments
Post a Comment