ANTARA DUTA DAN DATA?


Minggu ini, kita digemparkan apabila dua diplomat dari Dubai, UAE diarah pulang ke pangkuan negara. Isu ini telah meletup dan meletus di media sosial - lebih panas dari Gurun Sahara. Walaupun ini merupakan perkara biasa sebagai penjawat awam di Wisma Putra (posting ke sana, posting ke sini) adalah lumrah. Sebab itu, sebagai diplomat kolar putih, mereka berpegang kepada “SYMP” – Saya Yang Menurut Perintah.


Kalau menurut perintah, mengapa ada pihak yang amarah? 


Oleh sebab itu, dalam kita bergosip tentang duta, jangan pernah diabaikan soal data. Lihat pada fakta ekonomi dan pelaburan hasil lawatan YAB PM ke Dubai; sebuah ‘pulau kecil bernama besar’. Lihat pada data dan angka.  Malaysia berjaya menjamin potensi nilai perdagangan dan perniagaan berjumlah RM 70 bilion. Sebanyak 131 MOU, perjanjian perkongsian, dan permintaan perniagaan melibatkan sejumlah 4558 mesyuarat termasuk potensi padanan perniagaan, Lima MOU, dua MOBE (Memorandum of Business Exploration) dan satu LOI (Letter of Intent) antara syarikat Malaysia dan rakan niaga asing.


Kerajaan telah memberi peluang kepada lebih 400 Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PKMS) sehingga Pavillion Malaysia berjaya mendapat kunjungan lebih dari 1.1 juta orang pelawat. 


Jika ditimbang tara, adakah berbaloi kita sengaja memperbesar isu duta ini berbanding data? Biarlah tidak disambut, tetapi ratusan projek yang diangkut. 


Namun, kalau anda lebih tertarik dengan isu Duta ini. Nah! saya dedahkan.


Pertama, apa yang dikatakan Anifah Aman adalah benar, sebagai seorang mantan Menteri Luar Negeri selama dua penggal; mana mungkin seorang diplomat senior negara boleh lalai, cuai, dan tidak tahu tentang protokol sambutan sosok nombor satu negara ke negara asing? Semestinya diplomat Dubai pernah mengurus lebih dari status Perdana Menteri, malah Agong sekali pun pernah menjejak ke Dubai. Pasti kewibawaannya tidak boleh didakwa dakwi.


Lebih aneh pula, apabila bertebaran rakaman suara seorang setiausaha bahagian (SUB-KLN) mengadu kepada seorang Datin agar menyelesaikan arahan memanggil pula dua diplomat terbabit. Apakah kuasa Datin ini? Siapakah Datin ini? Biarlah rahsia.


Pun begitu, saya mendesak agar KSN membuka satu kertas siasatan, menyiasat siapakah Datin ini yang seolah berperanan seperti Rosmah Mansor nombor dua ??? Isunya ; mengapakah sebuah kementerian boleh dikawal oleh seorang Datin? Adakah Datin yang dimaksudkan ialah Datin N?


Sebenarnya ada pintu disebalik pintu, ada tingkap di dalam tingkap yang perlu dibuka. Kita kena tahu, hubungan baik tiga serangkai, Saifuddin dari BERSATU sangat rapat dengan Azmin yang menjadi dalang Langkah Sheraton. Azmin turut bersama dalam entourage ke Dubai ini. Azmin pula rakan karib kepada Hishamuddin. Hishamuddin pula, mempunyai hubungan yang rapat dengan Jazeerah Arab termasuk Dubai Al-Bugatti. 


Ketika PM tersangkut selama satu jam menuggu pelepasan imigresen Dubai, apakah Azmin yang berada di situ tidak berbuat apa-apa? Apakah Azmin tidak menghubungi H2O untuk menghubungi Raja Dubai untuk menggunakan kuasa vetonya? Mengapa tidak?  Nampaknya ini adalah satu sabotaj terancang, diplomat tersebut hanya sebagai kambing hitam. Kalau benar teori ini, inilah wajah sebenar Bersatu dan Pro Bersatu untuk mengaibkan seorang Perdana Menteri. 


Mereka yang lebih wajar dihukum!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA