DAP Lim Guan Eng Tidak Seharusnya Mempersoalkan Siasatan Terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali


1. Tidak Adil Untuk Bandingkan Dengan Kes Azam Baki 


Lim Guan Eng sebenarnya sudah menfitnah Azam Baki apabila beliau mengatakan “Mengapa SPRM gagal membuka serta-merta kertas siasatan ke atas Azam Baki kerana melanggar undang-undang dalam pembelian berjuta-juta saham bernilai jutaan ringgit?”


Realitinya  saham yang dibeli oleh Azam bernilai pada awalnya hanya bernilai RM330,000 dan bukannya berjuta - juta ringgit seperti mana yang dituduh oleh Lim Guan Eng. Berdasarkan harga awal, ia bukanlah satu saham yang mahal untuk diperoleh.


Banyak pihak juga sudah pun melakukan siasatan terhadap Azam Baki  yang merangkumi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Mencegah Rasuah Parlimen (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA).  Isu ini juga telah diputuskan dan tiada kes oleh inkuiri pihak SC. 


2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mempunyai Kuasa Untuk Menyiasat Pegawai Badan Awam


SPRM memiliki kuasa untuk menyiasat kes jenayah rasuah bawah Akta SPRM 2009.


SPRM bertanggungjawab untuk mengesahkan dan menyiasat sesuatu laporan atau aduan rasmi yang telah dibuat kepada SPRM melibatkan perkara-perkara di bawah bidang kuasanya. 


Dalam kes ini SPRM telah menerima satu aduan pada 15 Mac lalu disusuli dua lagi aduan pada 23 dan 27 April. 


Bagaimana DAP Lim Guan Eng hendak SPRM untuk tidak membuat siasatan apabila sudah ada aduan rasmi dihantar kepada SPRM ? 


Keadaan ini seolah - olah kita sebagai rakyat Malaysia membuat laporan polis dan pihak polis tidak melakukan kerja mereka untuk menyiasat laporan tersebut. Begitu juga dengan kes ini apabila laporan sudah pun dibuat kepada SPRM. 


3. Lim Guan Eng Perlu Bezakan Antara Siasatan Dengan Pendakwaan 


Selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, setelah semua proses siasatan selesai dilakukan, kertas siasatan yang dibuat oleh SPRM akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada melakukan pendakwaan atau sebaliknya.


Kerja SPRM disini hanya untuk melakukan siasatan. Sekirannya Hakim dalam kes ini benar - benar tidak bersalah maka biarlah siasatan dilakukan tanpa sebarang campur tangan daripada ahli politik. Lebih - lebih lagi siasatan tidak bermaksud pendakwaan ataupun hukuman. Oleh yang demikian , Lim Guan Eng diminta untuk tidak campur tangan dalam institusi SPRM yang sepatutnya bebas daripada mana - mana pengaruh poliitik. 


4. Tiada Sesiapa Dalam Negara Yang Seharusnya Kebal Daripada Sebarang Siasatan 


Sememangnya tugas SPRM untuk meneliti dan menyiasat aduan yang diterima oleh mereka. 


SPRM diberikan mandat untuk menyiasat kes kesalahan jenayah. Terdapat beberapa kes yang mana hakim yang ditakrifkan oleh undang-undang sebagai pegawai badan awam pernah disiasat dan didakwa atas pertuduhan rasuah.


"Pada tahun 2009, bekas Majistret Mohd Firdaus Ramlan ditahan, disiasat dan seterusnya dibicarakan. Dia dipenjarakan selama tiga tahun dan denda RM40,000 kerana menerima rasuah. 


Oleh itu , SPRM wajar meneruskan siasatan dengan segera tanpa gangguan demi menjaga nama baik Badan Kehakiman. 


5. Perbezaan Dasar Keadilan Pakatan Harapan Berbanding BN 


BN berpegang kepada tidak berkompromi dan tidak masuk campur terhadap semua proses pengadilan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan. BN juga berpegang kepada falsafah untuk tidak campuri dalam hal isu siasatan , pendakwaan dan perundangan yang diluar batasan kuasa eksekutif. 


Pakatan Harapan pula menyalahgunakan kuasa eksekutif mereka untuk membebaskan , menyiasat , mendakwa sesiapa sahaja yang ada kepentingan politik. 


Kes Lim Guan Eng sendiri digugurkan begitu sahaja. Begitu juga dengan anak seorang Billionaire yang terlibat dengan dadah. 


Kenapa 15 Kes Makamah Gugur Sewaktu PH? Lim Guan Eng , 2 ADUN DAP , Rafizi Ramli serta tahanan LTTE dilepaskan begitu sahaja tanpa mengikut proses pengadilan yang sepatutnya. 


6. Ketua UMUM Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Sokong SPRM Untuk Siasat Sesiapa Sahaja Yang Terima Wang Daripada 1MDB


"Saya kata (kepada Azam) walaupun masa tu dalam PH, ada kes di mana ahli parlimen didakwa menerima wang dikatakan dari 1MDB.


"..maka ketika itu beberapa ahli parlimen dan bekas ahli parlimen Umno didakwa (berhubung kes itu) dan (bagaimanapun) orang yang (didakwa) menerima wang yang melompat ke Bersatu ketika itu dilepaskan - Anwar 


Anwar juga memberitahu Azam bahawa imej SPRM akan terjejas jika individu besar terlepas daripada pendakwaan, kerana menurutnya ia akan menimbulkan persepsi terhadap badan antirasuah itu.


Sementara itu, dalam satu kenyataan media selepas pertemuan itu, Azam mengatakan bahawa dia menghargai sokongan Anwar kepada SPRM dalam usaha membanteras rasuah di negara ini. 


Begitu juga dalam kes ini dimana falsafah dan prinsip sesiapa sahaja yang terima wang daripada 1MDB seharusnya disiasat dan bukannya dilepaskan begitu sahaja hanya kerana ada tekanan politik daripada pihak tertentu. 


7. SPRM Perlu Dipertahankan Dan Jadi Institusi Bebas 


 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diubah dan dijadikan satu institusi bebas dengan kadar segera bagi membolehkan ia menjalankan siasatan secara bersendirian tanpa melibatkan pihak luar.


Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi, Cynthia Gabriel berkata, ini kerana, SPRM pada ketika ini masih lagi dikawal dan takut untuk melakukan sebarang tindakan atau siasatan kepada golongan tertentu.


“Pada saya, SPRM adalah institusi yang perlukan reformasi secara menyeluruh. Dan ia perlu dilakukan sekarang. SPRM perlu menjadi institusi bebas. Sekiranya ada masalah besar, mereka lebih atas dan boleh siasat apa sahaja kes.


“Isu ini masih tidak ditangani oleh mana-mana kerajaan. Pakatan Harapan (PH) semasa memerintah ada peluang untuk membawa reformasi kepada sistem institusi. Namun tidak terjadi,” katanya semasa Kompas Rasuah Busters yang bertajuk SPRM: Integriti Yang Hilang.


Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA