Globalisasi, Inflasi, dan Mata Wang.
Baru hari tu keluar berita, kadar inflasi global naik daripada 3.18% kepada 4.35%. Tapi dijangka turun pada tahap stabil dalam masa 2-3 tahun lagi.
Malaysia
pun terkena juga, tapi kadar inflasi kita pada tahun 2021, 2.5% sahaja, dan
dijangka menjadi lebih baik pada tahun ini, iaitu pada kadar 2%.
Semua ni terjadi sebab nak melawan pandemik.
Bila kita semua terdesak selama 1-2 tahun sebab pandemik, kerja tidak menentu,
kerajaan terpaksa memberikan bantuan pelbagai cara. Salah satunya adalah untuk
tutup sempadan. Itu je sebenarnya sudah cukup untuk menjatuhkan mata wang
Malaysia. Tetapi jangan risau, sebab bila sempadan ditutup, kita selamat dari
segi pandemik. Tapi itu lah dia, sebab kalau tutup sempadan, kita selamat
daripada pandemik tetapi susah sedikit nak naikkan nilai mata wang. Bila
perederan mata wang Ringgit tinggi di dalam negara, kadar mata wang Ringgit
dengan negara lain seperti USD akan menurun. Sebab tu penting beli barangan
buatan Malaysia- jika jaga mata wang kita sendiri dengan membeli barangan
buatan warga Malaysia.
Lain negara. Lain cerita. Lain lagi lah naratif yang keluar. Cuba tengok ni.
1. US Dollar, Indonesia Rupiah, Vietnam Dong – semua jatuh. Aduh, teruk ke? Tak jugak.
Kemudian keluar pula cerita ‘Ringgit lemah pada USD 2022’, tetapi tak ada pun yang nak berbincang macam mana Ringgit makin kukuh dengan Euro.
Polisi kat dunia ni bukan Malaysia dengan US sahaja yea. Banyak faktor-faktor yang wujud. Baru-baru ni, banyak benda terjadi. Yuan Cina semakin lemah sebab mereka ada “0 Covid Polisi”, bukan salah Malaysia. Tetapi hak negara tersebut nak menentang pandemik. Malaysia juga pernah ada di dalam keadaan yang sama.
Sempadan dunia semakin terbuka dan banyak negara yang ingin berdagang dengan US, bukan salah Malaysia juga. Tetapi ini semua faktor-faktor penting kenapa mungkinnya mata wang ringgit semakin lemah dengan USD, atau Yuan.
Kalau ini lah nampaknya, baik plan pergi Eropah, U.K, Thailand, atau Jepun (Bila sempadan buka). Jangan lah taksub sangat dengan US Dollar sahaja. Yang penting, Rakyat selamat dan boleh menikmati cuti raya tanpa sekatan sempadan tahun ini. Perlahan-lahan, nanti matawang kita juga akan naik.
Cerita sampingan lah. Hari tu kecoh McDonald tak cukup ‘Fries’. Bukan sebab kentang dunia berkurangan. Sebab tak cukup penerbangan yang mampu nak hantar stok ‘fries’ kita semua. Sama juga dengan mata wang. Bila ramai pelancong boleh dating sini, banyak perdagangan masuk semula, boleh naik balik mata wang Ringgit kita.
Comments
Post a Comment