Hijrah 24 : Ismail Sabri Melonjakkan Semula Aktiviti Perniagaan Dan Pelaburan Lembaga Tabung Haji
HIJRAH24 meliputi transformasi lima teras utama iaitu Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Haji, Pengurusan Deposit, Modal Insan dan Tadbir Urus, pelan ini akan menentukan arah transformasi TH untuk menjadi organisasi berprestasi tinggi dan mampan.
Rancangan ini juga merangkumi dua puluh empat inisiatif strategik termasuk inisiatif sokongan Digitalisasi dan Komunikasi.
Ini termasuk usaha untuk mengukuhkan Akta Tabung Haji 1995 dan menambahbaik model operasi serta aspek tadbir urus TH.
Pelan yang merangkumi 24 inisiatif strategik bagi memacu organisasi untuk tiga tahun akan datang itu dilaksanakan demi memastikan kesinambungan dan kecemerlangan TH secara berterusan.
Pelan ini juga selari dengan nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia yang menerapkan pengkayaan nilai keterangkuman, kebersamaan serta kesyukuran.
Sasar Peningkatan Dana Kepada RM100 Bilion
Peningkatan saiz dana berjumlah RM100 bilion menjelang 2024 berbanding RM86.5 bilion setakat 31 Mac tahun lalu ( 2021 ) dan penambahan jumlah pendeposit meliputi lebih 50 peratus daripada penduduk Islam di Malaysia.
Rancangan transformasi strategik bagi tempoh 2022 hingga 2024 itu menyasarkan keuntungan boleh agih kepada pendeposit pada kadar melebihi 0.75 peratus daripada pulangan Islamik.
HIJRAH24 juga mahu memastikan peningkatan pengguna THiJARI melebihi 4 juta pengguna.
Kadar Bayaran Haji Baharu Jemaah Malaysia : Naik Antara RM1,000 – RM3,000
Kadar bayaran baharu untuk umat Islam Malaysia menunaikan haji secara Muassasah yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kadar untuk jemaah kumpulan B40 dan juga kadar jemaah bukan B40.
Kadar bayaran yang dilakukan secara bersasar ini akan menyaksikan kenaikan sebanyak RM1,000 berbanding kadar sebelum ini untuk jemaah B40 dan RM3,000 untuk jemaah bukan B40.

Comments
Post a Comment