Ismail Sabri Bawa Semangat Jihad Ramadhan : Perdamaian Dan Pembukaan




Bulan Ramadhan adalah bulan jihad melawan ujian. Kemenangan peperangan dan pembukaan merupakan sesuatu yang sangat penting dalam sejarah bulan Ramadhan.


Dalam konteks moden pula perang di sini boleh kita sinonimkan dengan peperangan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita.


Pembukaan pula boleh diibaratkan dengan kemenangan sesuatu peperangan sehingga akhirnya kini ekonomi kita dibuka pada 1 April 2022 di bawah kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Peperangan - Berjaya menguruskan bencana Covid-19


Pembukaan - Ekonomi Malaysia dibuka 


Ramadhan identik dengan “jihad an-nafs” (jihad jiwa), sebagai muqaddimah atau pengantar kepada “al-jihād fī sabīlillāh” atau “qitāl”: angkat senjata melawan kezaliman. Itu sebabnya beberapa peperangan yang pernah ditempuh oleh Nabi Muhammad saw dan para Sahabat terjadi di bulan Ramadhan yang mulia.


Kerana kebersihan jiwa atau kemenangan “dalaman” berkait erat dengan kemenangan perang secara fisik (“kemenangan luaran”).


Antara peristiwa Peperangan dan Pembukaan yang berlaku di Zaman Nabi adalah :


1. Peperangan Badar


Peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadah tahun 2 Hijrah yang merupakan peperangan pertama yang terjadi dalam Islam.


2. Pembukaan Mekah


Pembukaan Mekah yang berlaku Pada 21 Ramadhan tahun 8 Hijrah bersamaan 630 Masihi.


3. Peperangan Tabuk


Antara peperangan yang terakhir yang berlaku pada bulan Ramadan (mengira perjalanan Nabi SAW pada bulan Rejab dan pulang ke Madinah pada 26 Ramadan) di zaman Nabi SAW ialah Peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun 9 Hijrah. 


Manakala pembukaan yang berlaku di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin pada bulan ramadan ialah:


1. Perang Faradh yang dipimpin oleh Khalid al Walid berhadapan Rom Byzantine pada Ramadhan 12 Hijrah bersamaan 633 Masihi. Pada Ramadhan 13 Hijrah pula berlakunya pertempuran Islam berhadapan Parsi sehingga membuka Kota Iraq (Sassanid)


2. Kota Palestin juga terbuka (terbebas) pada Ramadhan 15 Hijrah bersamaan 636 Masihi, iaitu pada zaman Saidina Umar RA. 


3. Ramadhan 20 Hijrah, bersamaan 641 Masihi bermulanya proses pembukaan Mesir di bawah pimpinan Saidina Amru al Ash. 


Politik Ismail Sabri juga memiliki ciri - ciri yang dimiliki oleh Khalifah Umar ibni Abd Aziz.


Beberapa rencana musuh dipatahkan oleh Ismail Sabri bukan dengan cara membalas dendam dan menambah marak sengketa, sebaliknya segala rencana makar musuh dibalas dengan hati budi beliau menganjurkan perdamaian dan memperkukuh ukhuwah.


Api dibalas air.


Racun dibalas penawar.


Pahit dibalas manis.


Inilah kekuatan sebenar  seorang pemimpin yang benar-benar menjiwai uswatun hasanah.


Ismail Sabri miliki karakter pemimpin yang tak mudah melatah diuji dengan pelecehan musuh. Betapa kita semua dapat menginsafi kesabaran dalam sejarah Nabi Muhammad saw dilempar batu di Thoif. 


'Batu yang dilempar' tak menjadi kesan kepada tubuh pemimpin yang berjiwa besar. Sebaliknya menjadi pengajaran besar buat umat dalam meyakini bahawa kesabaran itu jauh lebih tinggi ganjarannya dari sekadar menjadi pemimpin semberono dalam tindakan dan ucapan sehingga dilihat umpama hilang punca.


Ini juga dapat kita teladani dalam sejarah Khalifah Umar ibni Abd al-Aziz apabila beliau menghapuskan adat mencaci Ali bin Abi Talib.


Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menghapuskan adat pencacian Ali bin Abi Talib dari atas mimbar pada hari Jumaat. Keluarga Sayyidina Ali bin Abi Talib dan orang-orang yang bersimpati terhadap mereka tidak lagi memusuhi mereka.


Ismail Sabri adalah Perdana Menteri pertama Malaysia yang bekerjasama dengan pihak lawan politik hingga termeterai MOU demi kestabilan politik negara Malaysia.


Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengadakan rundingan dan perbincangan dengan golongan pemberontak.


Rundingan dan perbincangan diadakan dengan puak Khawarij dan Syiah. Kesannya kedua-dua golongan ini memberhentikan pemberontakan menentang kerajaan Bani Umayyah. 


Adakah kita berada dalam zaman yang mana kekuatan seseorang pemimpin itu diukur dari sikap semberono dan lantang berucap demi memukau pengikut setia? Itu bukan kuat namanya. Itu jagoan jadi-jadian.


Atau kekuatan seseorang pemimpin itu diukur dari kesabaran dalam kebijaksanaan?


Ketahuilah bahawa menahan sabar dalam kebijaksanaan itu adalah tanda seseorang pemimpin itu benar-benar kuat.


Semoga kita semua diberi kekuatan sebenar yang dituntut dalam perjuangan.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA