Ismail Sabri Berjaya Memantapkan Kerjasama Hubungan Ekonomi Global Malaysia Dari ASEAN Ke Timur Tengah Dan Terkini Sehingga Merebak Ke Asia Timur
Pada 20 April 2020 , Perdana Menteri Jepun iaitu Kishida baharu tamat panggilan telefon dengan Perdana Menteri negara kita iaitu Dato Sri Ismail Sabri.
Tahun ini juga merupakan ulang tahun yang ke 65 dimana negara Malaysia dan Jepun memiliki hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang menyatakan kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala yang terjalin sekian lama.
Sebelum ini iaitu pada 11 March 2020 yang lalu , bekas Perdana Menteri Jepun iaitu Shinzo Abe turut dapat melawat Malaysia untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara dua buah negara yang sudah lama terjalin.
Lawatan Abe menggambarkan keakraban Malaysia-Jepun dibawah kepimpinan Ismail Sabri yang diiktiraf sebagai pemimpin rising star di ASEAN di peringkat global.
Syarikat Jepun mula datang ke Malaysia pada tahun 1970-an dan ketika trend meningkat dengan bermulanya Dasar Pandang Ke Timur pada era 1980-an, syarikat terkemuka Jepun seperti Toray, Hitachi, Sony dan Panasonic semua bergegas membuka operasi di Malaysia.
Kini terdapat kira-kira 1,500 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia dan syarikat ini menyumbang kepada pengindustrian Malaysia. Kira-kira 40 peratus daripada eksport Malaysia adalah daripada sektor E&E dan sektor ini secara tradisinya adalah tumpuan utama pelaburan langsung daripada syarikat Jepun
Pelaburan dari Jepun iaitu Nippon Electric Glass Co. Ltd. (NEG), antara pengeluar kaca khas terkemuka di dunia, akan melabur sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk pengeluaran baharu gentian e-kaca yang akan digunakan untuk menghasilkan bahagian dan komponen automotif dalam pengeluaran bilah turbin angin untuk penjanaan tenaga angin.
Menicon Co Ltd, yang berpangkalan di Jepun, melalui anak syarikat milik penuhnya Menicon Malaysia, melabur RM650 juta (18 bilion yen) untuk mendirikan kilang pembuatan yang pertamanya di Malaysia di Kulim Hi-Tech Park, Kedah.
Kelantan menerima pelaburan tambahan bernilai RM910 juta menerusi pembesaran kilang dan fasiliti syarikat elektronik terkemuka dari Jepun, ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (RWEM) di Pengkalan Chepa.
Kesemua ini akan meletakkan Malaysia di hadapan sebagai hub global untuk pelaburan berkualiti di samping mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.

Comments
Post a Comment