Ismail Sabri : Finally There Is A Good Man In Malaysia Politics




Setiap pemimpin dan ahli politik di dunia ini semestinya ada ciri - ciri dan perwatakan mereka yang tersendiri.


Dalam dunia branding pula jika kita menyebut perkataan Lamborghini semestinya perkataan pantas dan laju akan timbul , Rolls Royce pula akan menandakan kemewahan dan Volvo pula membawa maksud keselamatan. 


Dalam konteks Malaysia pula kita biasa sering mendengar kepimpinan yang berbentuk Diktator , Maha Zalim , Cash Is King , Maha Firaun dan pelbagai lagi yang lebih berbentuk seseorang pempimpin yang kuat , ganas atau memberi gambaran sesuatu aura yang menakutkan atau menundukkan pihak lawan. 


Dalam sejarah dunia politik akan memiliki pemimpin seperti Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi. Pemimpin yang menggunakan prinsip keadilan , ketenangan , kebaikan serta kestabilan dalam cara mereka berpolitik. 


Cara pembawaan politik Ismail Sabri yang tidak bersifat balas dendam dan berbaik sahaja dengan pelbagai pihak adalah sesuatu yang amat luar biasa dalam sejarah politik negara. 


Baru - baru ini kita baharu menyaksikan Majlis Berbuka Puasa dengan kesemua kepimpinan tertinggi pihak Pembangkang yang merangkumi Lim Kit Siang , Anwar Ibrahim , Mat Sabu dan pelbagai lagi adalah sesuatu diluar batasan normal dalam politik Malaysia. 


Apabila Ismail Sabri tidak mendapat layanan yang sepatutnya dalam lawatannya ke UAE pula mendapat sokongan daripada Anwar dan Mat Sabu mempertikaikan cara Wista Putra bekerja. Dalam sejarah Malaysia tidak pernah pihak pembangkang akan mempertahankan Perdana Menteri negara Malaysia. 


Beliau juga sebenarnya adalah satu - satu Perdana Menteri Malaysia yang hanya menjadi PM dalam beberapa bulan sahaja sudah dapat menyatupadukan semua pihak untuk meluluskan usul MA 63 , UNDI 18 dan RUU Lompat Parti. 


Beliau melayan semua orang dengan baik , adil dan mesra. 


Pengerusi PPBM iaitu Muhyiddin Yassin diberikan tempat sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara. Passport Najib , Rosmah dan Zahid dipulangkan dan dibenarkan ke luar negara dimana dahulunya disekat oleh kepimpinan balas dendam yang lama. Tuntutan Najib untuk mendapatkan rumah dan tanah bernilai RM 100 juta sebagai bekas PM negara Malaysia juga dibenarkan. 


Musuh - musuh politik dalaman parti yang sering melawan dan memarahi beliau pula tidak pernah dilayan seperti musuh. Apabila pada suatu ketika dahulu beliau pernah dimalukan oleh pihak tertentu namun beliau bersifat seorang yang pemaaf dan membawa politiik perpaduan tanpa menyerang mana - mana pihak dalam perhimpunan PAU yang mendapat standing ovation baru - baru ini. 


Adakah kalian masih ingat episode sebelum Ismail Sabri menjadi PM Malaysia beliau mahu berjumpa dengan Tun Mahathir tetapi ditolak oleh Mahathir ? Namun begitu , apabila Tun Mahathir berada dalam keadaan kritikal di IJN beliau merupakan antara orang yang paling melawat Tun Siti Hasmah di IJIN.  


Kepimpinan berbentuk INKLUSIF dan bukannya bersifat EKSLUSIF beliau adalah sesuatu yang wajar dan harus dipuji. UMNO akhirnya memiliki seorang pemimpin yang disukai kawan dan disenangi lawan. 


Ketika UMNO kini bangkit sebuah sebuah parti politik yang paling kuat pasca PRU 14 dengan siri kemenangan berturut - turut dalam pelbagai pilihan raya namun Ismail Sabri tidak pernah bongkak , sombong , terlalu berkeyakinan dan angkuh dalam pembawaan politik beliau. Beliau masih terus menghormati pihak lain yang kini sebenarnya sudah sangat relevan dan lemah dalam pembawaan budaya politik KELUARGA MALAYSIA yang baharu. 


Biasanya adalah amat sukar untuk kita mendapat seorang ciri kepimpinan yang baik dalam mana - mana organisasi politik di seluruh dunia. Yang mudah kita dapat adalah KEPIMPINAN dalam institusi keagamaan yang berbentuk KIND , LOVING , CARING , FORGIVING , CALM dan PEACE. 


Namun begitu , Malaysia kini pula mendapat seorang pemimpin yang sedemikian dalam arena politik kita. Beliau adalah Ismail Sabri Yaakob !



Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA