ISMAIL SABRI POLITIK IKUT RESMI PADI.


Ada bermacam jenis karakter pemimpin politik. 


Ada yang garang.


Ada pula yang jarang meradang.


Ada yang ucapan berapi.


Ada pula yang merancang rapi.


Semua ini adalah jurus politik yang dimiliki dan dikuasai oleh pemain politik.


Ada yang berani bermain senjata. 


Ada kala terhunus keris sendiri di dada.


Ada pula suka melontar lembing.


Bila ditujah kembali, tak mengaku menyorok disebalik dinding.


Setiap karakter pemimpin ada kelebihan dan kekurangan, semuanya hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.


Dikala negara sedang aman makmur, sudah tentu kita mencari pemimpin yang tegas pertahankan keamanan. 


Dikala negara sedang dilimpah rezeki ekonomi, sudah tentu kita mencari pemimpin yang pandai berjimat dan melabur demi masa depan.


Begitu juga ketika negara sedang diuji dengan pelbagai cabaran. 


Kita tidak perlukan pemimpin yang sibuk membaja sengketa demi menuai kepentingan politik peribadi.


Kita tidak perlukan pemimpin dengan liabiliti yang menggunakan parti untuk menyucikan diri sendiri.


Biarlah tangan kamu sahaja menjadi saksi kepada perbuatan kamu kepada rakyat kamu sendiri.


Tak usahlah diheret kami lagi. 


Parti mahu mengorak langkah ke zaman baru.


Era baru yang tidak perlu lagi  diheret parti untuk menutup dosa kamu kepada rakyat. 


Mudah saja urusan politik ini sekiranya tujuan utama berpolitik adalah untuk kebaikan rakyat. 


Begitu banyak strategi dan makar politik untuk menjatuhkan kawan dan lawan sehingga kita lupa sebab utama kita masuk ke dalam politik adalah untuk perjuangan agama, bangsa dan tanahair.


Mudah saja sifir politik untuk mereka yang jujur. Buatlah apa sahaja asalkan kepentingan rakyat dijaga. 


Tak perlu nak dialun ucapan lunak sehingga rakyat terbuai lena.


Cukup dengan keputusan dan tindakan yang bijaksana. Cukup.


Biarkan gelanggang dibuka untuk para pendekar yang sudah melumur minyak di badan untuk menunjukkan kehebatan.


Tak perlulah berebut.


Simpan tenaga dan kederat demi rakyat. 


Bukan untuk dipertonton kepada penyokong yang mahukan aksi tunjuk kuat. 


Biarkan mereka.


Kita ikut resmi padi.


Ramai yang dapat manfaat bila diam tetapi sarat berisi.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA