Jangan Samakan Pelantikan Perdana Menteri Dengan Menteri Besar
Malangnya sebaik pengumumum tersebut dibuat, bisik-bisik mengenai peristiwa di Johor akan berulang mula kedengaran. Lain calon, lain pula Menteri Besar.
Gosip liar dan tidak berasas ini hanya dibuat oleh mereka yang tidak memahami undang-undang. Pelantikan Menteri Besar tertakluk di bawah undang-undang tubuh kerajaan negeri manakala Perdana Menteri pula dilantik mengikut lunas dan luhur Perlembagaan Persekutuan.
Hubungan dingin Tun Mahathir dengan institusi diraja adalah satu rahsia terbuka. Namun selepas PRU-14, Tun Mahathir tetap mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri memandangkan nama beliau yang dibawa oleh Pakatan Harapan sebagai calon mereka.
Malah, Ismail Sabri sendiri membuktikan bahawa nama beliau sudah dan pernah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong sekaligus dilantik sebagai Perdana Menteri.
Demikianlah dinamik politik di peringkat persekutuan. Tidak pernah tertulis dalam sejarah nusa calon Perdana Menteri yang memenangi pilihan raya dinafikan mandatnya oleh Istana Negara.
Sifir yang sama tidak terpakai di peringkat negeri. Isu penolakan calon Menteri Besar bukan perkara baru. Seawal tahun 1977 di Kelantan, pihak istana negeri pernah menolak usul penamaan calon Menteri Besar yang dibawa PAS pada waktu itu. Krisis ini diulang siar di Perak, Sabah dan yang terbaru Johor.
Perak sendiri sudah mengalami krisis Menteri Besar sebanyak 2 kali. Yang terbaru, kerajaan campuran Perak mempunyai 2 calon Menteri Besar iaitu Saarani Mohamad dan Faizal Azumu. Akhirnya, keputusan menamakan Menteri Besar dibuat Sultan Perak dengan merujuk Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Dinamik politik di peringkat persekutuan dan negeri cukup berbeza. Kalau Ismail Sabri calon Perdana Menteri, beliau akan jadi Perdana Menteri sekiranya BN menang kelak. Jangan risau.
Hentikan percubaan untuk memecahbelahkan parti!

Comments
Post a Comment