Keputusan Bijak YAB PM DSIS Bawa Kegembiraan Kepada Seluruh Keluarga Malaysia




Satu keputusan yang berani dan tepat pada masanya! Inilah kenyataan yang paling cocok buat YAB PM Ismail Sabri Yaakob atas kebenaran pembukaan sempadan negara serta lebih banyak kelonggaran kepada sektor industri setelah negara kini di 'Fasa Peralihan ke Endemik' mulai 1 April 2022. 


Langkah YAB PM Ismail Sabri tentunya menghadiahkan kegembiraan tidak terkata kepada sebahagian besar Keluarga Malaysia yang terpisah dan terkekang dengan pelbagai "sekatan pandemik" sejak dua tahun yang lalu.  


Kita semua menjadi saksi tepat jam 12 tengah malam 1 April, ibarat "pesta kebebasan" buat rakyat Malaysia di Singapura. Sebak tangisan dan sorak kegembiraan di Kompleks CIQ Singapura cukup menggambarkan lepas rindu Keluarga Malaysia. Tambak Johor dan Lebuhraya Linkedua yang sepi kini kembali bernyawa! 


Pembukaan sempadan ini akan menghidupkan kembali industri penerbangan yang sememangnya pemangkin hubungan dan pautan bagi memudahkan urusan perniagaan, perdagangan dan pergerakan manusia. 


Apabila urusan perniagaan dan perdagangan rancak, sektor pelaburan domestik serta antarabangsa turut bergerak semula. Ini secara langsung memberi indikasi yang baik kepada pemulihan ekonomi negara. Langkah YAB PM Ismail Sabri ini tidak terlewat malah dilihat optimis untuk negara mencapai perkembangan ekonomi sekitar 5.5 hingga 6.5 % tahun ini. 


Pengeluaran khas KWSP sehingga RM10 ribu turut menyokong kitaran ekonomi domestik, khususnya. Niat murni YAB PM Ismail Sabri meluluskan pengeluaran khas ini bertujuan membantu Ahli KWSP menampung kesukaran perbelanjaan akibat kesan pandemik serta bencana. Malahan, CEO KWSP turut yakin kapasiti KWSP dalam membantu inisiatif ini, serta portfolio pelaburan KWSP yang akan kembali aktif sejajar pembukaan sempadan ini. Sekali lagi, YAB PM Ismail Sabri tidak tercepat mahupun terlewat. 'Timing'nya tepat! 


Bermula 3 April, umat Islam di Malaysia bakal menyambut ketibaan Ramadan. Dua tahun berlalu, Ramadan sunyi, namun dengan kelonggaran yang diumumkan YAB PM, Ramadan 1433H kali ini seakan meriah bercahaya! Jemaah yang meramai setelah saf kembali dirapatkan, serta kemeriahan Bazar Ramadan sebagai 'lubuk rezeki' peniaga kecil dan sederhana. 


Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, manfaatkan lah bersama kelonggaran ini dengan terus mematuhi segala arahan semasa dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dapatkan segera vaksin beserta dos penggalak agar fasa peralihan ini berjaya kita harungi dengan jayanya. 


Terima kasih YAB PM Ismail Sabri, #ReopeningSafely memang khabar baik buat Keluarga Malaysia!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA