Keputusan MKT UMNO Sudah Beri Isyarat Besar Kepada Rakyat Bahawa DSIS Akan Kekal PM Lepas PRU-15
Bermula dengan sebagai ketua pembangkang yang amat baik, tetap setia bersama UMNO di saat dan waktu yang amat gelap bagi sebuah parti melayu tertua di Malaysia. Dan kini, menjadi seorang Perdana Menteri yang telah melancarkan pelbagai inisiatif dan menyambut setiap permintaan parti tanpa menggelorakan pihak lawan. Suhu politik sentiasa tenang.
Walau pernah dilabel boneka, lemah dan tidak ada tanjak sebagai seorang Perdana Menteri, satu demi satu perkara terus dibuat tanpa mengendahkan pelbagai tohmahan kerana beliau tahu, masa akan membuktikan bahawa setiap gerak langkah beliau adalah tepat pada masa dan ketika itu.
Kini, setelah selesai Perhimpunan Agong. Ismail Sabri kelihatan lebih berkeyakinan dalam mentadbir negara. Restu Presiden di pentas keramat telah menjadi saksi bahawa “Hal Negara” akan diserahkan sepenuh nya kepda Dato’ Sri Ismail Sabri
Diperkukuhkan lagi dengan keputusan MKT pada 14 April 2022 yang telah sepakat dan sebulat suara mengangkat DSIS sebagai Calon Perdana Menteri bagi PRU 15 sekaligus beliau menjadi taruhan Muka Hadapan buat UMNO.
Tarik rambut dalam tepung menjadi strategi Ismail Sabri selama ini, Rambut yang dekat dengan diri ibarat keluarga jangan sekali dibiarkan putus, tepung diadalam pinggan yang mungkin diberi orang jangan dibiarkan selerak.Ini lah kekuatan seorang DSIS. Lembut dalam menarik tepung, tapi tegas dalam memastikan setiap tepung duduk di tetap di posisi.
Kunci bagi mendapatkan keyakinan setiap MKT adalah sentiasa bersama dengan ketetapan parti dan menjaga Keluarga Malaysia dalam tiap sisi. Apabila 2 ini sudah menjadi budi, maka layaklah Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri yang kita nanti. Buat rakyat Malaysia, keputusan MKT ini menjadi semboyan bahawa DSIS akan kekal PM selepas PRU 15.

Comments
Post a Comment