Menjawab Hannah Yeoh
Kali ini giliran Hannah Yeoh pula yang mempolitikkan nasib adik Bella. Semalam ahli Parlimen Segambut itu mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas (JK) Golongan Rentan yang dipengerusikan YAB PM membuktikan Rina Harun telah gagal bekerja.
Ini satu dakwaan yang tidak berasas.
Adakah JK Perjanjian Malaysia yang ditubuhkan kerajaan 22 bulan PH membuktikan kabinet pada waktu itu gagal?
Adakah JK Anti Rasuah oleh kabinet PH menggagalkan fungsi SPRM?
Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet adalah satu amalan biasa, lebih-lebih lagi bagi mengkaji isu berprofil tinggi.
Jawatankuasa ini tidak pernah menafikan fungsi mana-mana kementerian sebaliknya berperanan sebagai nilai tambah yang lebih berfokus terhadap satu-satu isu.
Kita semua mahu membantu adik Bella. Namun, kita juga perlu sedar bahawa Bella tidak keseorangan. Ramai lagi anak-anak kecil berkongsi nasib yang serupa dengan Bella.
Jawatankuasa Khas Kabinet ini mustahak bagi mengkaji kelemahan rumah pengasuh dan sistem sedia ada agar isu yang sama tidak akan berulang.

Comments
Post a Comment