Pakej Duit Raya Ketua Keluarga Malaysia


Adat berhari raya adalah sama-sama memaafkan ahli keluarga, membina semula hubungan kekeluargaan dan yang paling penting adalah menanti pemberian duit raya. Adat ini sugguhpun tidak wajib, kalau tidak dibuat pasti menghilangkan kemeriahan Aidilfitri.


Sebagai ketua kepada keluarga besar Malaysia, DS Ismail Sabri telah lama memikirkan pakej ekonomi terbaik untuk diberikan kepada Keluarga Malaysia sebagai seri kemeriahan Aidilfitri kali ini. Sudah 2 tahun sambutan perayaan tertangguh, tahun ini kenalah raya sakan.


Kemeriahan Aidilfitri bersama DS Ismail Sabri bermula dengan dividen kompetitif ASB pada kadar 5 sen seunit, disambung pula dengan peningkatan semula dividen Tabung Haji sebanyak 3.1%. 


KWSP pula walaupun berdepan situasi beberapa pengeluaran demi rakyat, masih mampu mencatat dividen sebanyak 6% dan 5.5% mengikut jenis simpanan. Tidak dilupakan juga agihan RM206.25 juta keuntungan SSPN Plus pada tahun ini. Ini adalah duit raya kepada rakyat berkat daripada usaha DS Ismail Sabri dan rakan menteri dalam menstabilkan ekonomi Malaysia.


Semakin menghampiri Aidilfitri, semakin banyak pula duit raya kepada kita. Umpama kanak-kanak riang berjalan ke seluruh kampung, pakej duit raya diteruskan oleh DS Ismail Sabri sebagai penghulu kampung pula. Paling terbaru adalah dividen Bank Rakyat yang kembali mencatat pemberian keuntungan pada kadar 15% selepas 3 tahun sebelum ini gagal mencapai aras ini. 


Ini sudah tentu berita gembira buat orang Melayu dan Islam khususnya selepas bulan lepas DS Ismail Sabri mengumumkan dividen LTAT pula pada kadar tertinggi semenjak 2018 sebanyak 4.1%. LTAT dan Bank Rakyat ini tidak salah menjadi usaha panjang DS Ismail Sabri dalam membantu ekonomi seawal beliau sekadar seorang menteri yang menjaga pertahanan dan koperasi suatu ketika dahulu.


Koperasi dan GLC lain juga turut memberikan durian runtuh antaranya dividen 6% oleh Koperasi Permodalan FELDA yang sudah tentu membawa rezeki kepada peneroka, bank-bank juga turut bersama DS Ismail Sabri dalam mencurahkan ekonomi kepada rakyat melalui keuntungan 30sen seunit oleh Maybank dan 12.55sen seunit oleh CIMB Bank.


Tidak terhenti sekadar mengagihkan keuntungan, DS Ismail Sabri juga melegakan kesempitan rakyat apabila semua peminjam bermasalah kewangan agensi kewangan kerajaan diberikan tempoh bertenang sehingga Jun 2022. Penstrukturan semula konsesi 4 tol di lembah kelang juga memberikan jaminan ketenangan harga tol kekal buat warga kota. Paling seronok? Sudah tentu tol percuma untuk perjalanan pulang dan kembali pada hari raya kali ini di hampir semua lebuhraya utama Malaysia.


Kerberkatan ekonomi ini semuanya adalah daripada usaha Keluarga Malaysia yang diterajui DS Ismail Sabri. Ada yang menyangka era ekonomi Ismail Sabri ini baru bermula tahun ini, tapi bagi saya telah lama bermula semenjak beliau menjadi menteri lagi. Kini sebagai Perdana Menteri, DS Ismail lebih rancak dan laju dalam menuai hasil langkah pragmatik ekonomi beliau kepada rakyat. Masa untuk kita semua menuai hasil tanaman di musim 'Ismail Sabri'.


Tunggu apa lagi? Tahun 2022 ialah masa untuk beraya sakan bersama Keluarga Malaysia dan pakej duit raya daripada DS Ismail Sabri.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA