Pemberian Tol Percuma Sempena Aidilfitri : Terima Kasih PM Ismail Sabri


Ismail Sabri sentiasa akan mengumumkan dasar dan polisi yang akan meringakan beban rakyat Malaysia. Tahun ini bukan sahaja masyarakat Malaysia dapat beraya seperti kebiasaan sebelum berlaku pandemik namun rakyat Malaysia sekali lagi dihadiahkan dengan kadar tol percuma untuk balik ke kampung. 


Tol percuma serta potongan harga hingga 50 peratus akan diberikan kepada pengguna lebuh raya utama negara bermula jam 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam Ahad ini.


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata persetujuan yang dicapai selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya itu bakal membabitkan manfaat keseluruhan RM77.11 juta. Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi.


Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya khususnya golongan berpendapatan rendah.


Senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:


1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah

(ELITE)

3. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)

4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

9. Lebuhraya KL - Karak (KLK)


Senarai lebuh raya yang menawarkan diskaun 50 peratus:


10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

11. Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)

12. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

13. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

15. Lebuhraya Bertingkat Ampang - KL (AKLEH)

16. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

17. Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE)

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA