5 Sebab Ramadhan Lebih Bermakna Dengan Ismail Sabri

Kita ketemu kembali Ramadhan. Setelah hampir seminggu berpuasa, Ramadhan kali ini terasa bezanya berbanding Ramadhan yang lalu. Sebagai imam yang mengetuai saf kepimpinan negara, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah melaksanakan 5 perkara yang menjadikan pengisian Ramadhan kali lebih bermakna.


1. Luruskan saf, rapatkan saf.




Setelah 2 tahun tidak bertarawih, kali ini kita kembali mengimarahkan masjid di bulan Ramadhan. Lebih indah, saf juga dirapatkan. Saf yang lurus dan rapat itu adalah konotasi kejituan dan disiplin ummah dalam beragama. Barangkali ini hikmahnya, berkat kesepaduan kita dalam saf, lewat ini Malaysia semakin bersatu dan suhu politik semakin reda.


2. Bazar Ramadhan.





Bazar ialah hal yang benar-benar dinantikan peniaga dan pembeli. Ramadhan terasa janggal tanpa bazaar. Di dalam keasyikkan kita membalas dendam setelah sekian lama berbuka tanpa ayam percik, tepung pelita dan air bermacam warna, jangan berlebih-lebihan dan elakkan pembaziran.


3. Balik kampung.





Teknologi mungkin mendekatkan kita, namun manakan sama dengan dakapan bersama keluarga tersayang. Lebuhraya merentas negeri sesak namun tiada yang merungut, kerana akhirnya kita bisa memulakan puasa bersama keluarga.


4. Duit raya.





Raya datang awal dan tidak bertangan kosong. Ramai yang diberikan duit raya daripada Bapa Keluarga Malaysia. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara. BKM untuk B40. Pengeluaran KWSP untuk yang memerlukan.


5. Pembukaan sempadan.





Bagi anak perantau di Kota Singa, Selat Tebrau yang dahulunya direnangi hari-hari tiba-tiba menjadi lautan luas yang terlalu besar untuk diredahi. 24 bulan lamanya mereka terperangkap di pulau seberang. Ada yang terlepas perkataan pertama si anak, ada juga yang tidak dapat memberi penghormatan terakhir buat ibu yang pergi selamanya. Kata orang tua-tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Alhamdulillah akhirnya, Bapa Keluarga Malaysia membawa mereka pulang ke tanah asal.


Ramadhan tahun ini mengingatkan kita akan nikmat yang selama ini kurang dihargai. Setelah nikmat ini ditarik sementara, barulah kita menyedari nilai sesebuah perkara yang mungkin diambil mudah sebelum ini. Terima kasih Dato’ Sri Ismail Sabri kerana menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA