Rating Ismail Sabri Semakin Memuncak
Apabila Naib Presiden UMNO itu dipilih menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Ogos lalu, Ismail Sabri berdepan cabaran besar untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang terkesan teruk akibat tri krisis terburuk dihadapi negara.
Krisis terburuk ketika itu melibatkan aspek ketidakstabilan politik, bencana pandemik Covid-19 yang semakin membarah serta masalah kemelesetan ekonomi.
Namun begitu , pada hari ini negara Malaysia kini berada dalam landasan yang betul. Angka covid sudah menurun ke paras 4000 walaupun ekonomi sudah dibuka dengan seluas - luasnya. Kadar vaksinasi pula antara paling laju dan tinggi di dunia. Ekonomi negara semakin berkembang dan pengganguran semakin berkurangan.
Pengundi Atas Pagar
Keputusan Umno menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum (PRU) depan akan membolehkannya menarik sokongan pengundi atas pagar kepada UMNO.
Ismail bersikap neutral dan berbaik dengan semua pihak dalam meneruskan agendanya sebagai perdana menteri daripada Umno.
Masyarakat Di Sabah
Langkah untuk meningkatkan bayaran tahunan kepada Sabah lebih empat kali ganda dan konsep Keluarga Malaysia menunjukkan beliau adil kepada semua, malah kepada mereka yang tidak menyokongnya.
Masyarakat Di Sarawak
Beliau merupakan PM pertama yang meluluskan akta MA 63 dengan sokongan majoriti 2/3 di parlimen.
Akar UMBI UMNO
Pasca Perhimpunan PAU beliau dilihat sebagai seorang party man dan seorang yang dapat menyatupadukan keseluruhan parti UMNO. Tuntutan UMNO untuk benarkan pengeluaran KWSP diumumkan dalam perhimpuan UMNO sebagai hadiah kepada akar umbi UMNO.
Masyarakat Melayu
Tahun ini adalah kali pertama selepas bermulanya pandemik masyarakat Melayu dapat merayakan perayaan Raya mereka seperti biasa. Bazaar Ramadhan sudah dibuka. Terkini tol percuma dan pengurangan sebanyak 30% sempenan hari raya diumumkan.
Golongan Muda
Beliau juga merupakan PM pertama yang meluluskan UNDI18 di negara kita.
OKU, Wanita Dan Warga Emas
Kerajaan Ismail Sabri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani isu dan melindungi kumpulan rentan seperti orang kurang upaya (OKU), anak-anak yatim, golongan wanita serta warga emas.
Jawatankuasa ini akan melihat secara keseluruhan, bukan sahaja dari segi penjagaan, cara penjagaan supaya tiada penderaan, pemantauan dan sebagainya tetapi juga dari segi kebajikan dan masa depan mereka iaitu berkaitan sijil kelahiran serta dokumen pengenalan diri.
Jawatankuasa ini juga akan melihat akta-akta lapuk yang dilihat perlu dipinda. Ini akan kita buat kajian supaya pembelaan dapat diberikan.
Kajian Rafizi Ramli
Kajian tersebut menunjukkan Ismail Sabri merupakan pilihan utama rakyat Malaysia sebagai calon PM berbanding dengan Anwar , Najib , Mahathir dan Muhyiddin.
Datuk Seri Ismail Sabri merupakan individu paling tinggi menerima undian dalam kajian tersebut.

Comments
Post a Comment