Ringgit Lemah Berbanding USD

Dari segi ekonomi , kelemahan ringgit tiada kaitan dengan pengurusan ekonomi dan kewangan dalaman negara. Kelemahan kali ini adalah disebabkan oleh faktor luaran. Hanya manusia yang jahil akan kaitkan segala isu dengan politik dan politikus. 


1. Setiap Mata Wang Di Dunia Kini Lemah Berbanding USD 


Yen Jepun kini turun 10.4% Berbanding USD

Pound United Kingdom kini turun 7.3% Berbanding USD

Won Korea kini turun 6% Berbanding USD 


Setiap mata wang di dunia ini jatuh dalam paras paling rendah dalam jika hendak dibandingkan dengan USD.


The US dollar index, which measures its performance against a basket of six major currencies, rose 0.3 per cent to 102.6


- The euro fell below US$1.06 (RM4.6) for the first time in five years against a broadly strong US dollar


- The Chinese yuan CNY took a breather, after falling to a 13-month low 


- New Zealand dollar to its lowest levels since January of US$0.6551


2. Mengapakah USD Semakin Meningkat Berbanding Hampir Kesemua Mata Wang Di Dunia ?


Inflasi di USA kini sudah mencecah 8.5% Hal ini disebabkan oleh faktor ' strong growth dan labour market conditions'. Sebelum ini Joe Biden lancar pakej ransangan ekonomi bernilai USD 1.9 Trillion dan wang ini pula kini dalam kitaran yang merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara USA sehingga menyebabkan inflasi dan USD semakin kuat dan kukuh. 


3. Perang Ukraine-Russia 


Apabila berlaku ketidaktentuan dalam keadaan global maka USD akan dianggap sebagai safe heaven. Oleh sebab itu , banyak pelabur , negara dan institusi meningkatkan simpanan dan pelaburan mereka dalam USD. 


4. Penurunan Mata Wang Yuan China 


China merupakan negara dagangan terbesar Malaysia yang sering mencecah lebihan RM 150 billion setiap tahun. Apabila China melancarkan Zero Covid Lockdown di Shanghai pada bulan lepas maka ekonomi China terbantut seketika. Keadaan ini menyebabkan mata wang Malaysia juga terjejas. 


Apakah Kesan Kepada Negara Malaysia ?


Setiap peningkatan dan penurunan dalam mata wang negara ada kebaikan dan keburukannya. 


Sekirannya kita lihat dari segi kebaikan maka 42% daripada 'labour income' di negara kita adalah dalam bidang eksport. Apabila mata wang negara Malaysia rendah maka akan merancakkan lagi eksport negara kita. 


Keadaan ini pula diramalkan kita akan eksport ( jual ) lebih banyak berbanding dengan import ( beli ) dan Gabenor Bank Negara Malaysia pula melihat situasi ini akan dapat membantu negara mencapai lebihan surplus sebanyak RM 75 Billion pada tahun ini. 


Pada masa yang sama , keadaan ini juga akan meningkatkan permintaan ringgit dalam kalangan negara jiran sehingga ringgit kita out of stock. Apabila ringgit rendah maka rakyat Singapore semua hendak tukar kepada ringgit. Wang yang mereka tukar itu pula akan seterusnya diterjemahkan kepada perbelanjaan dalam negara kita. 


Ringgit Out Of Stock As It Weakens Further Against Singapore Dollar - https://www.channelnewsasia.com/singapore/money-changers-queue-ringgit-weaken-singapore-dollar-exchange-rate-2645996 


Kejayaan Ismail Sabri Menstabilkan Covid Dan Membuka Ekonomi Memerlukan Masa Untuk Melihat Kesan Baiknya 


Keadaan ini juga sama seperti pakej ransangan USD 1.9 Trillion Joe Biden pada tahun lepas dan pada tahun ini ekonomi mereka baharu mula rancak dan terlalu rancak sehingga inflasi kini mencecah 8.5. 


Covid negara Malaysia jika dahulu antara paling tinggi di dunia sudahpun berada dibawah paras 2500 seharian. Ekonomi baharu hendak bermula dan memerlukan masa untuk pulih dengan sepenuhnya. 


Apakah Beza Ringgit Lemah Kini Pada Zaman Ismail Sabri Berbanding Pakatan Harapan ?


Fundamental ekonomi Malaysia kini amat kukuh dan oleh sebab itu pasaran saham Malaysia berada dalam paras yang amat stabil. Inflasi Malaysia juga dalam kadar 2.2% sahaja. 


Zaman Pakatan Harapan pula kedua - dua pasaran saham dan mata wang Malaysia jatuh paling rendah dalam sejarah negara. 


Kini pasaran saham dan kitaran ekonomi kita sihat dan mata wang lemah disebabkan oleh faktor global dan bukannya pengurusan dalaman. 


Pengurusan dalaman dalam era Ismail Sabri sudah terbukti berjaya mengurangkan pengganguran . Pembukaan semula lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial telah menggalakkan kumpulan yang tidak aktif untuk memasuki tenaga buruh sama ada untuk bekerja atau mencari pekerjaan.


Dalam era kepimpinan Ismail Sabri juga , Malaysia buat kali pertama mencatatkan jumlah dagangan mencecah RM2 trilion.


Jika hendak mempolitikkan isu mata wang sekalipun maka biarlah logik akal dan tepuklah dada serta tanyalah selera.


Jika bukan Ismail Sabri maka siapa lagi? Anwar dan Mahathir yang gagal pada tahun 1998 ? Lim Guan Eng yang gagal dalam 22 bulan? Abah pula juga terbukti gagal dalam era kepimpinan PN.


Yang membezakan Ismail Sabri dengan kesemua kepimpinan di atas ketika ringgit lemah adalah kini pasaran saham di Malaysia berada dalam situasi yang amat mantap dan stabil.



Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA