YAB PM DSIS Bakal Bawa Kemenangan 'Landslide Victory' Untuk BN Di PRU-15


Ada lima petanda YAB PM Ismail Sabri Yaakob akan mencipta kemenangan bergaya, dijangka lebih 2/3 Majoriti untuk Barisan Nasional pada PRU-15 nanti. 


Pertama, prestasi PRN Melaka & PRN Johor 

Sudah dua PRN dijalankan di bawah kepimpinan YAB PM Ismail Sabri Yaakob; di Melaka dan Johor. Semua maklum, kedua-duanya BN menang selesa dan menjadi parti dominan di DUN Melaka dan Johor. Pengaruh YAB PM yang turun berkempen, serta responsifnya beliau memberikan solusi dan bantuan kepada isu-isu domestik semasa kempen ternyata membuahkan hasil bergaya. Inilah momentum di lapangan! 


Kedua, PAU 2021

Suara akar umbi UMNO amatlah signifikan kepada kelangsungan hayat pemimpin. 'Mood' yang dirasai amat ketara mengajak seluruh kekuatan akar umbi, sayap-sayap dan kepimpinan tertinggi UMNO untuk menyokong kepimpinan YAB PM Ismail Sabri Yaakob. Malahan, signal positif yang diberikan Presiden UMNO ketika Ucapan Penggulungan mentahkikkan sokongan penuh kepada YAB PM Ismail Sabri Yaakob. PAU 2021 ini ibarat 'turning point' yang semakin melonjakkan Ismail Sabri Yaakob! 


Ketiga, poster boy BN PRU-15

Langkah MKT UMNO sebulat suara menamakan YAB PM Ismail Sabri Yaakob sebagai Calon PM PRU15 disambut sangat baik oleh semua pihak. Tiada bunyi yang kurang enak didengari, malahan lebih ramai pemimpin BN UMNO dan Ahli Profesional menyokong pencalonan ini. Keputusan yang tepat sebab imej UMNO dan BN akan kembali bersih seiring karakter YAB PM yang "clean"; bersih skandal moral, bersih integriti dan sepi kontroversi ! 


Keempat, dihormati lawan

Pendekatan 'buka pintu' kepada rundingan merentas parti dan ideologi adalah kunci kekuatan kepimpinan YAB PM Ismail Sabri Yaakob. Kejayaan memeterai MOU sehingga pelbagai usul dalam Dewan Rakyat diterima majoriti 2/3 bukti YAB PM sangat dihormati lawan dan disenangi kawan. Pendekatan konsultatif YAB PM inilah 'perangkap' yang berjaya 'menjinakkan' parti lawan sehingga mereka tandus isu! 


Kelima, Keluarga Malaysia diterima baik

Tak boleh dinafikan, semakin hari semakin diterima baik kepimpinan YAB PM Ismail Sabri Yaakob. Tekad beliau memulihkan negara pasca pandemik diterima baik pelbagai pihak. Dasar, polisi serta inisiatif  bantuan kepada Keluarga Malaysia menjadikan YAB PM semakin popular. Ya, pasca pandemik ini, Malaysia perlukan PM yang buat kerja dan kota janji. Itulah yang dizahirkan oleh YAB PM Ismail Sabri Yaakob! 


Dengan kekuatan ini, YAB PM Ismail Sabri Yaakob punyai upaya untuk membawa kembali UMNO dan Barisan Nasional ke Dewan Rakyat sebagai parti majoriti dan  dominan. Kita yakin YAB PM Ismail Sabri,  akan memacu sebuah lagi "landslide victory" buat BN di PRU15, seakan mengulangi sejarah bergaya pada PRU11 2004.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA