10 Fakta Mengenai Sambutan Kepulangan Ismail Sabri
1. Tuduhan Dibayar - Fitnah Dijadikan Kebenaran
Setakat ini hanya laman media World Of Buzz melaporkan berita sedemikian. Namun begitu, sekirannya kita baca keseluruhan laporan tersebut maka laporan tersebut hanya bergantung kepada komentar pembaca. Oleh itu, sekirannya sesuatu berita dilakukan berdasarkan kepada komentar pembaca maka ini sebenarnya merupakan satu fitnah dan tuduhan berbanding dengan kebenaran. Keadaan ini jelas kehadiran orang ramai pada hari itu bukanlah dibayar seperti mana yang dilaporkan oleh portal media yang tidak bertanggungjawab.
Jika penanda aras yang sama, bolehkah pada hari sesiapa sahaja memberi komentar di ruangan WOB dan mengatakan Hannah Yeoh dibayar untuk mencaci Ismail Sabri maka komentar ini seterusnya dijadikan sebagai berita dan akhirnya kebenaran?
Laman portal ini sebenarnya seharusnya disaman kerana menulis mengikut komentar penulis di ruangan Facebook mereka dan dijadikan berita. Keadaan ini hanya menunjukkan kerterbukaan Ismail Sabri dalam berhadapan dengan fitnah sedemikian.
2. Jangan Hina Pemuda Kita
Apakah pemuda kita pada hari bernilai RM 100 sahaja?Logik atau tidak perjalanan dari Lembah Klang jika kos kenderaan, tol, minyak dan makan hanya bernilai sekitar RM 100 seorang seperti mana yang dituduh oleh laman portal tersebut?
Sehingga perlu tunggu berjam - jam hanya kerana hendak menyambut kepulangan Ismail Sabri lebih baik kerja di McDonalds lebih berbaloi harganya. Jika hendak fitnah pun biar kita logik akal dan rasional dari segi fakta dan matematiknya.
Tidak percaya ? Cuba tanya pada Hannah Yeoh sekirannya beliau dibayar hanya RM 100 untuk jemput kepulangan Ismail Sabri beliau sanggup atau tidak ? Jika Hannah sendiri juga tidak sanggup maka mana mungkin pemuda lain sanggup menjual masa dan maruah mereka serendah harga itu? Apakah mereka jauh lebih rendah nilai mereka berbanding Bangla? Harga maid service cuci rumah dan tandas pun sekitar RM 30 sejam kini.
Namun , tanya sekali lagi jika Lim Guan Eng pulang dan tidak perlu dibayar beliau sanggup atau tidak? Hannah mesti sanggup kerana Lim Guan Eng adalah pemimpinnya dan beliau menyokong kepimpinan LGE.
Oleh itu, samalah juga dalam isu ini. Mereka yang hadir itu sememagnnya sanggup datang dengan rela hati. Jika tidak rela hati mana mungkin RM 100 yang begitu jijik harganya mana ada manusia yang sanggup ?
3. Disambut Oleh Pemimpin UMNO - Hannah Yeoh Racist
Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid turut hadir. Logik atau tidak sekirannya kita hendak menuduh 2 pemimpin ini dibayar RM 100 seperti mana yang dituduh oleh laman portal tersebut ?
Seterusnya sambutan dua kepimpinan tinggi UMNO adalah sempena sambutan Aidilfitri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) . Ini memang adat dan abab parti UMNO untuk menjemput Perdana Menteri mereka untuk sambutan Aidilfitri.
Adakah Hannah Yeoh begitu bersifat perkauman sehingga isu ini juga hendak dijadikan isu? Pernah atau tidak mana - mana ahli politik UMNO membuat kacau terhadap sambutan Krismas atau Tahun Baharu Cina DAP ?
4. Siapa DAP Untuk Campuri Urusan Protokol , Adab Dan Budaya UMNO?
Pernah atau tidak mana - mana kepimpinan UMNO pernah campuri cara bagaimana DAP dan Pakatan Harapan hendak menyambut dan menyokong pemimpin mereka ?
Jika pemimpin UMNO hendak sambut kepulangan Naib Presiden dan Perdana Menteri mereka maka apa isunya ?
5. Adakah DAP Lebih Menghalalkan Rasuah , Liwat , Rogol dan Dadah ?
Pernah atau tidak pemimpin UMNO atau BN menjadikan isu pemimpin DAP menyokong Anwar dengan isu kes liwatnya , Lim Guan Eng dengan isu Rasuahnya dan bekas EXCO DAP Perak dengan isu Rogolnya dan seorang lagi ADUN DAP dengan isu dadahnya di kelab malam di luar mahkamah sebelum ini ?
Sambutan kepulangan Ismail Sabri adalah sesuatu yang bersifat positif berbanding dengan sokongan luar mahkamah mereka sebelum ini yang seolah - oleh menghalalkan Liwat , Rasuah , Rogol dan Dadah.
6. DAP Hannah Yeoh Hina Perjuangan Islam
Hal ini disebabkan , kain rentang yang dikibarkan adalah tema utama yang membuatkan orang ramai menyambut kepulangan Ismail Sabri kenalah berdasarkan kepada RENTANG KAIN.
Apakah tulisan Rentang Kain pada hari itu ? Kain Rentang pada hari itu adalah "DSIS lantang perjuangkan rakyat Palestin di depan pemimpin dunia !
Apa masalahnya jika golongan Belia beragama Islam hendak menyokong kepimpinan Ismail Sabri yang lantang memperjuangkan isu dan agenda Islam di Pentas Dunia ?
Adakah Hannah Yeoh hendak mewakili DAP untuk menentang perjuangan Islam dan kemanusian di peringkat global ? Adakah Hannah Yeoh begitu benci terhadap Islam sehingga isu sebegini juga hendak dipolitikkan ?
7. Adakah DAP Ditaja Parti Komunis Cina ?
Satu lagi rentang kain pada hari itu adalah "Salute keberanian YAB PM tak gentar perjuangkan isu keamanan depan pemimpin dunia” yang berkisarkan tentang isu Laut China Selatan, Malaysia berpendirian agar Laut China Selatan kekal sebagai kawasan bebas dari campur tangan kuasa besar dan kekal sebagai kawasan perdagangan bebas. Malaysia tidak mahu terdapatnya provokasi kuasa besar di Laut China Selatan.
Isu ini berkaintan dengan kedaulatan negara. Adakah Hannah Yeoh hendak mewakili DAP untuk memperjuangkan penguasaan China di Laut China Selatan ?
8. Ismail Sabri Berjaya Laksanakan Janji Yang Gagal Ditunaikan Oleh DAP
DAP memperjuangkan isu UNDI-18 namun akhirnya ketika berkuasa gagal untuk meluluskan akta ini di parlimen. Ramai yang hadir pada hari itu adalah golongan belia dan kebetulan pada hari itu sempena Hari Belia maka mereka hendak ambil peluang ini untuk menyambut kepulangan Ismail Sabri dalam isu kelulusan UNDI-18 yang gagal dilaksanakan oleh DAP dan Pakatan Harapan.
9. Pelaburan Asing Keluar Paling Banyak Ketika DAP Jadi Menteri Kewangan
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mengkritik orang ramai untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekembalinya dari Amerika Syarikat (AS).
“Melainkan kamu memenangi Piala Dunia atau membawa pulang pingat emas dalam Sukan Olimpik… mengadakan ‘pesta’ menyambut kepulangan adalah satu jenaka. - Hannah Yeoh
Namun begitu , dalam isu ini Ismail Sabri berjaya membawa kembali pelaburan Baharu Bernilai RM14.62 Bilion daripada Amerika Syarikat. Bukankah nilai ini juga setanding dengan pingat emas dalam Sukan Olimpik ?
Oleh sebab itu , dalam salah satu wawancara yang dilaporkan oleh media Sinar Harian berbunyi seorang pereka kandungan media, Muhammad Adib Aiman Badrul Shahar, 33, yang turut menyambut kepulangan Perdana Menteri berkata, beliau tiba di pekarangan pangkalan udara itu pada jam 8 pagi.
“Kepulangan Perdana Menteri dari AS membawa berita baik, mengundang kehadiran pelabur luar, di samping membawa nama baik Malaysia dan tidak salah untuk kita menyambutnya,” katanya.
Isu ini berbeza dengan pentadbiran PH dimana Kita dinobat sebagai Asia world currency and world worse stock market apabila aliran FDI negara keluar paling banyak Dalam sejarah negara .
10. Isu Ismail Sabri : Adakah Krisis Dalaman Team Lim Guan Eng Dan Team Anthony Loke Semakin Parah ?
Hal ini disebabkan Lim Kit Siang dikatakan pada saat terakhir tidak mahu bertanding untuk sebarang jawatan dalam pemilihan DAP disebabkan rundingan untuk membenarkan Lim Guan Eng menjadi Pengerusi DAP setelah Anthony Loke mengambil alih sebagai Setiausaha Agung.
Jika kita analisis keputusan pemilihan tersebut maka kesemua orang Lim Guan Eng kalah dalam pemilihan tersebut. Ong Kian Ming , Tony Pua , Yeo Bee Yin dan Liew Chin Tong semua tewas. Team Anthony Loke menang semua.
Hannah Yeoh pula selama ini sememangnya dalam team Lim Guan Eng dan adakah Hannah Yeoh hendak mengambil peluang ini untuk menyerang Ismail Sabri yang disokong oleh Anthony Loke secara terbuka ?

Comments
Post a Comment