Bahasa Melayu akan bergema di bumi Washington
Tapi kini bahasa Melayu kembali bertuah kerana muncul seorang figura yang berazam untuk mengangkat bahasa Melayu kembali supaya gah di mata dunia. Dan orang tersebut tak lain tak bukan, Dato' Seri Ismail Sabri. Antara usahanya, beliau sudah mengumumkan yang Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara, termasuklah mesyuarat dan persidangan antarabangsa. Setiap lawatan rasmi beliau ke mana mana negara, beliau akan berurusan dalam bahasa Melayu. Sebut lah apa apa nama negara, Thailand? Kemboja? Brunei? Dubai? Semua berurusan dalam bahasa Melayu.
Kali ini, Dato' Seri Ismail Sabri akan mengetuai Delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-US yang akan membincang dan mengkaji bidang kerjasama yang pragmatik untuk mengukuhkan kerjasama yang sedia ada. Perdana Menteri kita akan bertemu dengan pelbagai orang ternama dan penting di AS termasuk lah Presiden, Joe Biden dan naib presidennya.
Maka ramai juga yang bertanya tanya, betul ke Ismail Sabri akan kekal berurusan dalam bahasa Melayu walaupun di bumi Amerika Syarikat, kuasa besar dunia? Tapi tuan tuan dan puan puan, jangan risau dan jangan khuatir. Saya percaya sepenuhnya kepada Perdana Menteri kita. Dan sebenarnya bukan kita tidak pernah berurusan dalam bahasa Melayu dengan AS, Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri pernah menulis surat rasmi kepada Setiausaha Negara AS, Bliken, dalam bahasa Melayu. Yang mana tujuannya untuk bergerak seiring dengan hasrat Datuk Seri Ismail Sabri untuk mengangkat bahasa Melayu.
Sebagai rakyat Malaysia yang patut cinta akan bahasanya, lawatan rasmi DSIS ke AS bukan sekadar lawatan sahaja. Ia membawa lebih dari itu. Ia menjadi satu simbol yang bahasa Melayu yang semakin dikatakan lapuk oleh bangsa sendiri boleh menjadi agung semula. Setelah sekian lama kita menantikan pejuang bahasa kita, malah tiada langsung pemimpin kita yang berani untuk mengetengahkan dan memperjuangkan bahasa Melayu seperti ini, akhirnya penantian kita tidak sia sia. Bahasa Melayu akan bergema di Washington dan memecahkan kesunyian dan keheningan bahasa Melayu di tanah Uncle Sam itu. Sebagaimana gema azan Subuh memecahkan kesunyian waktu terbit pagi atau gema azan Maghrib yang memecahkan keheningan waktu terbenam matahari.
Akhirnya, sebagai pencinta bahasa Melayu, inilah LANGKAH BESAR yang akan diambil oleh Perdana Menteri kita, untuk memastikan Bahasa Melayu tidak berjuang tanpa hulubalangnya. Mungkin suatu hari nanti, bahasa Melayu akan kembali menjadi bahasa ilmu seperti dahulu, banyak karya karya dan ilmu dihasilkan dalam bahasa melayu dalam pelbagai bidang seperti metafizik, falsafah, teologi dan kesusateraan, sehingga dijadikan rujukan seperti Sulalatus Salatin. Yelah, sebab kalau bukan kita yang perlu untuk percaya akan bahasanya sendiri, siapa lagi yang hendak percaya?
Tak sabar nak dengar ungkapan ini daripada DSIS nanti :
"SELAMAT PAGI WASHINGTON"

Comments
Post a Comment