Ismail Sabri : Celoteh Raya
Kemeriahan Aidilfitri 2022 cukup luar biasa. Keluarga
Malaysia begitu teruja untuk menyambut lebaran sampaikan hari raya ‘sengaja’
diawalkan.
Mana tidaknya, 2 tahun kita sendu dan sendiri berhari raya.
Tahun ini, Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan fasa peralihan ke endemik.
Malaysia menghampiri norma asal.
Balik kampung, solat sunat Aidilfitri, saf dirapatkan,
kunjung-mengunjung semuanya dibenarkan. Sedari kecil kita diajar bahawa 1
Syawal ialah hari kemenangan. Sudah tentu, Aidilfitri 2022 akan dikenang sebagai
sambutan kemenangan Malaysia mengawal pandemik COVID-19 dan kembali ke norma
biasa.
Tahun ini soalan lazim, ‘Bila nak kahwin?’ kurang ditujukan
kepada si bujang. Soalannya berubah kepada, ‘Bawa keluar KWSP ke tak? Hulurlah
sikit kat makcik’.
Jangan ditanyakan kenapa berat badan menaik. Maklumlah, bazar
Ramadan dibuka sepanjang bulan. Kita pun balas dendam.
Kenderaan beratur panjang di lebuhraya seluruh negara.
Semuanya bergegas mahu pulang ke kampung. Maklumlah, Perdana Menteri beri tol
percuma. Duit raya melalui BKM, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri, pengeluran
KWSP pun dah diterima.
Secara tidak langsung, nama Pak Mael diulang sebut sepanjang
Aidilfitri 2022.
“Alhamdulillah Pak Mael bagi keluar KWSP. Dapat beli karpet,
langsir baru.”
“BKM dah masuk, bolehlah buat duit raya. Thank you Pak Mael.”
“Tol kat situ Pak Mael umum percuma ke tak?”
Lebaran tahun ini dimaknakan dengan kepimpinan Ismail Sabri yang menyalakan kembali pelita Aidilfitri 2022. Disebalik lambakan bantuan kewangan dan kebenaran untuk melakukan itu ini, hadiah terbesar beliau ialah sambutan Syawal seperti sedia kala yang cukup dirindui Keluarga Malaysia.

Comments
Post a Comment