Dari R&R Ke Genting Sempah


Selepas hampir 6 jam meninggalkan Kuala Terengganu, saya cuba rehatkan jasad dan rawatkan moral sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur di kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah.


Sambil-sambil menikmati kopi, saya membuat kira-kira.


Hari ini tol percuma. Tempoh hari juga percuma. Lazimnya dari Plaza Tol Gombak ke Exit 865 Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), caj tol sehala mencecah sehingga RM 39.24. Maknanya untuk perayaan kali ini, saya telah berjimat hampir RM 80 untuk perjalanan pergi balik.


Itu baru saya seorang. Lebih kurang 2 juta kenderaan dianggarkan menggunakan rangkaian lebuh raya di LPT pada setiap hari puncak dari 29 April hingga 9 Mei. Katakan 200 ribu daripada jumlah tersebut menghala ke Kuala Terengganu, maknanya RM 16 juta (200 ribu x RM80) berjaya dijimatkan hanya untuk anak Terengganu.


Itu baru satu lebuhraya, di satu daerah. Tol percuma dan diskaun yang diumumkan Perdana Menteri melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara. Jumlah diskaun penjimatan yang dinikmati pengguna sepanjang tempoh perayaan dianggarkan mencecah sehingga RM 77.11 juta.


Inilah duit raya Dato’ Sri Ismail Sabri kepada Keluarga Malaysia. Diskaun tol ini pada zahirnya nampak biasa, namun maknanya cukup luar biasa. Tiada bayaran dikenakan buat anak-anak perantau yang mahu pulang melepas rindu kepada keluarga di kampung halaman. Sedikit sebanyak, diskaun tol ini mengeratkan ikatan kekeluargaan.


Dari jauh, kereta Myvi saya kelihatan kecil berbanding deretan bas ekspres yang beratur di seberang tempat parkir jentera lagenda saya itu. Ramai yang turun meninggalkan bas masing-masing, barangkali mahu menghirup udara segar. 


Sudah tentu, pengusaha bas ekspres menarik nafas lega apabila Perdana Menteri menyalakan lampu hijau untuk perjalanan rentas negeri. Industri bas ekspres merupakan sektor yang terjejas teruk dek pandemik yang mewabak. Kini mereka kembali bernyawa.


Sektor penerbangan juga semakin pulih. Lazimnya saya pulang beraya melalui jalan udara. Malangnya tempoh hari, tiket penerbangan Air Asia ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah habis dijual. Terpaksa saya pulang ke kampung dengan kereta.


Baiklah, kopi pun sudah habis. Masa untuk meneruskan perjalanan. Doakan saya tabah menempuh baki-baki kilometer untuk ke ibu kota. Selamat hari raya!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA