Kehadiran Mengejutkan Lebih 100 000 Rakyat Ke Rumah Terbuka YAB PM DSIS Bukti Tanda Sokongan Padu Rakyat Malaysia
Majlis Rumah Terbuka YAB PM Ismail Sabri Yaakob bersama Jemaah Menteri siang tadi mendapat kunjungan luar biasa dari Keluarga Malaysia.
Dianggarkan seramai 100,000 orang hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka YAB PM di Laman Sari, Seri Perdana, Putrajaya. Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa beratur sejak dari 8 pagi lagi. Ada yang hadir berpakaian raya lengkap bersamping, ada yang meriah sedondon sekeluarga. Tidak kurang yang turun bersama atok dan nenek sehingga ke cucu cicit. Memang terasa kemeriahannya!
Turut mencuri perhatian, adalah Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong turun mencemar duli bersama-sama ke Majlis Rumah Terbuka YAB PM Ismail Sabri Yaakob. Keberangkatan Baginda ini adalah tanda zahir sokongan Baginda kepada kepimpinan YAB PM Ismail Sabri Yaakob.
Tidak ketinggalan, kehadiran YB Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disambut mesra oleh YAB PM Ismail Sabri Yaakob. Kedua-dua tokoh ini sempat bergurau mesra malah senyum tawa mereka sempat dirakamkan lensa kamera.
Ya, sudah dua tahun budaya Rumah Terbuka Pemimpin bersama Rakyat ini sepi kerana pandemik. Alhamdulillah, tahun ini, jiwa besar YAB PM Ismail Sabri Yaakob bersama Jemaah Menteri menganjurkan Majlis ini ternyata disambut baik oleh Keluarga Malaysia.
Kehadiran 100,000 rakyat dan kesanggupan rakyat hadir dari seluruh negara ini jelas satu bukti menggambarkan sokongan kuat kepada kepimpinan YAB PM Ismail Sabri Yaakob.

Comments
Post a Comment