KETEGASAN YAB PM DSIS BANGKITKAN ISU PALESTIN DI HADAPAN PRESIDEN AMERIKA ADALAH BUKTI KEPIMPINAN BERMARUAH MALAYSIA




1. Konflik Palestin-Israel bukan satu perkara yang asing lagi buat penduduk dunia. Konflik dan perang ini bermula dari 1930 hinggalah kini dan umpama tidak akan ada penghujungnya.. Pelbagai siri serangan telah dilakukan ke Palestin dan serangan besar besaran terakhir yang dilakukan adalah pada tahun lepas ketika rakyat Palestin sedang berpuasa di bulan Ramadhan.


2. Dan pandangan dunia terhadap konflik Israel-Palestin ini pun berbelah bahagi. Ada yang sokong Israel, ada yang sokong Palestin, dan ada yang mendiamkan diri. Tetapi, Amerika Syarikat merupakan negara yang sangat lantang menyokong Israel. Amerika Syarikat juga tidak pernah sembunyi bahawa mereka antara penyumbang terbesar ketenteraan Israel. 


3. Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Joe Biden juga tidak berubah banyak, pendirian dan polisi mereka masih lagi samar samar. Ada waktu mereka nampak menyelebahi Israel. Contohnya, Joe Biden sendiri melengah lengahkan agenda untuk memulihkan konflik ini. Malah, Naib Presiden AS, Kamala Harris sendiri pernah menyatakan dia menyokong Israel kepada umum.


4. Joe Biden sendiri pernah berucap yang walaupun Israel tidak wujud, dia akan cipta Israel kerana Israel sangat penting untuk kepentingan Amerika Syarikat. Buktinya, Joe Biden sendiri menyumbangkan roket dan peluru berpandu ketika perang Saif Al Quds tahun lepas.


5. Dan ada waktu kita akan nampak AS cuba untuk meminumkan konflik Israel-Palestin. Contohnya, ketika lawatan Joe Biden ke Israel, beliau juga akan turun melawat East Jerusalem dan Hospital Al Makaseed sebagai tanda sokongan kepada Palestin.


6. Namun, dalam keadaan kesamaran ini, Perdana Menteri  kita, Datuk Seri Ismail dengan lantang bersuara meminta Amerika Syarikat untuk bersikap jujur dalam isu konflik Palestin-Israel ini sewaktu Persidangan Kemuncak Asean-US di Wanshington. Ini menunjukkan beliau sangat berani untuk menegur Presiden Amerika Syarikat, antara kuasa terbesar dunia. Beliau membezakan tidakan AS yang laju dalam isu Rusia-Ukraine tetapi lambat Israel-Palestine.


7. Dan bagi saya, tindakan seberani itu wajarlah dipuji dan kita julang. Ini salah satu cara “perang” beliau, takkan lah semua perang kena guna kekerasan, mungkin “kelembutan” sebegini adalah jalan yang paling tepat. Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali turut memuji tindakan Ismail Sabri, baginya tindakan tersebut telah mengukuhkan lagi kedudukan dan pendirian Malaysia dalam konflik ini.


8. Atas dasar itu, kita rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap cinta akan keamanan perlu menyokong tindakan Perdana Menteri kita bukannya perlu diperlekehkan. Ia mungkin nampak kecil di mata kita, tetapi besar di mata keamanan dunia. Ketegasan Perdana Menteri dalam isu ini juga membukti kempimpinan kerajaan sekarang bermaruah kerana sentiasa komited dan tidak pernah berpaling tadah dalam apa jua keadaan. Sama sama lah kita mendoakan satu hari nanti Palestin akan kembali aman.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA