Lawatan Ismail Sabri Ke Amerika Syarikat Malaysia Dijangka Akan Menarik Pelaburan Baharu Bernilai RM14.62 Bilion
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari Amerika Syarikat.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (ASEAN-US Special Summit) di Washington D.C, pada 12 dan 13 Mei.
Duta Perwakilan Perdagangan AS, Katherine Tai telah menyambut baik cadangan Malaysia bagi menggerakkan semula Perjanjian Rangka Kerja Pelaburan (TIFA).
Malaysia dan Amerika Syarikat akan turut menandatangani perjanjian kerjasama bagi memperkukuh kolaborasi dalam rantaian bekalan semikonduktor.
Syarikat-syarikat di Amerika Syarikat juga memberi jaminan kepada bahawa mereka akan terus bantu membangunkan ekosistem dengan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan vendor tempatan di Malaysia.
Amerika Syarikat merupakan rakan dagang dan destinasi eksport ketiga terbesar Malaysia terutama bagi produk elektrik, elektronik dan getah.
Amerika Syarikat juga merupakan pelabur asing keempat terbesar negara Malaysia dengan jumlah 840 projek pembuatan dilaksanakan bernilai RM84.97 bilion sekali gus mewujudkan sejumlah 188,396 pekerjaan.
Kepimpinan Ismail Sabri sah terbukti senantiasa akan membawa kembali perjanjian , pelaburan dan kerjasama yang akan menguntungkan rakyat dan negara kita.

Comments
Post a Comment