Menjawab Tuduhan Dan Fitnah Anwar Ibrahim Terhadap Ismail Sabri dan Kerajaan Barisan Nasional



1. Isu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Badan Kehakiman Negara terkait Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


( Dalam Isu Ini SPRM Mempunyai Kuasa Untuk Menyiasat Pegawai Badan Awam dan tiada sesiapa dalam negara ini seharusnya memiliki kekebalan daripada sebarang penyiasiatan. Adakah Pakatan Harapan berpegang kepada falsafah dimana institusi SPRM  perlu ada tekanan daripada pihak politik ataupun merupakan satu badan yang bebas untuk melakukan kerja mereka tanpa sebarang campur tangan dan tekanan daripada mana - mana pihak . Jika SPRM seharusnya bebas maka apa silapnya SPRM yang kini melakukan siasatan mengikut Akta SPRM 2009 tanpa melanggari mana - mana perudangan dan perlembagaan negara . )   


2.  Isu melibatkan Mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002. 


( Kes ini sebenarnya sudah bermula pada tahun 2010. Jika Anwar dan PH ikhlas mementingkan isu ini maka mengapa berkuasa selama 22 bulan AG Tommy Thomas langsung tidak membuat apa - apa ? Kelemahan AG lantikan PH juga menyebabkan Pulau Batu Puteh tergadai dan Malaysia perlu bayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada waris Sulu ) 


3. Pendedahan terkini di mahkamah di New York, Amerika Syarikat yang menyentuh isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


( Pendedahan apa? Tim Leissner membongkarkan pemberian rumah sebanyak USD 10 juta kepada Datuk Rohana Rozhan ? Isu ini SPRM sudah membuka siasatan terhadap beliau dan Rohana Rozhan sudah pun berjanji akan memulangkan rumah tersebut. Keadaan ini hanya bermakna SPRM kita adalah bebas dan tidak berpihak. Oleh itu , dalam isu siasatan terhadap hakim juga tidak boleh ada mana tekanan daripada mana - mana ahli politik. ) 


4. Projek mega pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang dianugerahkan kepada konglomerat Digital Nasional Berhad (DNB) yang berpotensi untuk meledak seperti skandal 1MDB. 


Tiada istilah konglomerat dalam DNB. Hal ini disebabkan DNB itu dimiliki oleh kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan. Konglomerat yang Anwar Ibrahim harus sedar adalah Telco. Dalam isu ini pula DNB pula sebenarnya sudah sedia berjanji untuk memberikan 70% kepada konglomerat telco. Oleh itu , adakah anwar PRO Rakyat ( DNB ) atau pro Konglomerat ( TELCO ) ?


5. Kejatuhan parah matawang Ringgit Malaysia kerana hilang keyakinan terhadap dasar dan keupayaan kerajaan dalam mengemudi ekonomi. 


( Patutlah negara Malaysia gagal pada tahun 1998 apabila Anwar merupakan Menteri Kewangan kita sehingga mahu pinjam daripada IMF. Anwar seolah - olah jahil tentang soal ekonomi. Matawang negara Malaysia kini lemah berbanding dengan US bukan kerana kelemahan dan keupayaan kerajaan dalam mengemudi negara. Pakar Ekonomi di seluruh dunia US tahu akan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat yang terlalu rancak sehingga berhadapan dengan inflasi pada kadar 8.5%. Hal ini disebabkan oleh pakej stimulas Joe Biden mencecah trillion. US dollar semakin kukuh berbanding dengan kesemua matawang di dunia. Jika ekonomi Malaysia bermasalah maka pasaran Malaysia akan jatuh seperti mana berlaku dalam zaman pentadbiran Pakatan Harapan )  


6. Perdana Menteri tidak seharusnya berdiam diri tatkala hal-hal mendesak ini terus mencengkam negara dan rakyat, serta bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Memorandum Persefahaman (MoU). 


( Dalam kesemua isu diatas Ismail Sabri tidak pernah melanggar MOU. Yang pernah langgar MOU adalah PH apabila undi sosma gagal mendapat undian di Dewan Rakyat. Yang mengkhianati semangat MOU adalah PH. Dalam isu perlembagaan pula Ismail Sabri sememangnya jamin institusi kehakiman kita bebas daripada sebarang tekanan politik. Keadaan ini berbeza dengan zaman PH untuk melepaskan semua ahli - ahli politik PH yang juga merangkumi Lim Guan Eng dan Rafizi Ramli dimana kes digugurkan begitu sahaja tanpa sebarang perbicaraan yang adil. )


7. Kelesuan ekonomi saat ini ketimbang negara jiran Indonesia dari segi pelaburan asing (FDI), serta angka-angka melibatkan KDNK negara, pertumbuhan ekonomi, kadar kemiskinan serta pengangguran mesti dicerakinkan, diperbetul dan diperkukuhkan.


( Dalam isu ini Anwar sekali lagi jahil tentang ilmu ekonomi. IMF dan Bank Dunia menyasarkan KDNK Indonesia hanya akan berkembang sebanyak 5% pada tahun 2022 dan Malaysia pula dijangka akan meningkat sebanyak 5.5%. Ismail Sabri sudah pun melancarkan dasar kadar kemiskinan negara dan sendiri menjadi pengerusi jawantankuasa tersebut. Kadar pengganguran Malaysia juga semakin pulih. Pada zaman PH kadar pengganguran Malaysia adalah pada kadar 4.9% dan kini sudah beransur pulih kepada kadar 4.1%. Keadaan ini hanya bermakna pengurusan dan pentadbiran ekonomi Malaysia dibawah Ismail Sabri dan kerajaan BN berada dalam landasan yang betul dan jauh lebih baik daripada PH sebelum ini. KDNK Malaysia pada waktu PH iaitu 2018 hanyalah pada kadar 4.7 dan 2019 pada kadar 4.9. KDNK Malaysia Ismail Sabri pada tahun 2022 adalah 5.5 )

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA