Sambutan Terhadap YAB PM DSIS Oleh Diaspora Di London, Washington Meresahkan Puak Liberal Di Malaysia
1. Sudah menjadi tradisi, setiap kali Dato’ Sri Ismail Sabri membuat lawatan kerja ke negara luar, beliau akan menyantuni diaspora Malaysia di sana. Terbaru di London dan Washington, sambutan Keluarga Malaysia terhadap ketibaan pemimpin nombor satu negara itu cukup luar biasa.
2. Sambutan dari puak liberal yang bersarang di Twitter juga luar biasa. Ibarat cacing kepanasan, ada sahaja yang tak kena.
3. Kalau tidak disambut, mereka kata Perdana Menteri tidak diiktiraf. Apabila disambut meriah, mereka melantun pula.
4. Sebenarnya kultus liberal ini sedar, Dato’ Sri Ismail Sabri ialah pemimpin yang bersederhana dan bersahaja. Beliau hanya mahu bekerja untuk negara.
5. Maka, mereka pun kehausan idea untuk membidas kepimpinan beliau. Jadinya kuman di seberang benua nampak, dinosaur tua macam Anwar, Kit Sang & co di depan mata tak nampak.

Comments
Post a Comment