WASHINGTON - ASEAN : KEPIMPINAN YAB PM DSIS TERBUKTI DI PERINGKAT ANTARABANGSA

 


1. Pada 13 Mei 2022, delegasi Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Ismail Sabri telah ke Rumah Putih Washington bersama sama dengan delegasi ASEAN yang lain termasuklah daripada Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. 


2. Ini merupakan kali pertama pertemuan sebegini diadakan  selepas Joe Biden dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat setelah kali terakhir dilakukan oleh Presiden Barack Obama pada tahun 2016. Sebelum tiba di Washington, Dato’ Sri Ismail Sabri telah melakukan kunjungan ke negara timur tengah dan negara negara Asean yang lain.


3.. Peluang untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan pelbagai hala dalam pertemuan ini menjadi keutamaan perbincangan Sidang Kemuncak ASEAN- AS yang turut ditekankan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri. 


4. Pembangunan ekonomi pasca Covid 19 menjadi topik penting yang diketengahkan oleh delegasi Malaysia. 


5. Perkara ini turut dipersetujui oleh delegasi ASEAN yang lain kerana perkara ini merupakan isu yang sewajarnya difokuskan oleh pemimpin pemimpin negara di seluruh dunia pada ketika ini.


6. Salah satu idea kerjasama yang dikemukakan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri adalah untuk menjemput kemasukan pelaburan kereta elektrik yang terkemuka di dunia iaitu Syarikat Tesla bagi penghasilan kereta elektrik di Malaysia. Ini merupakan strategi yang amat tepat pada masanya melihatkan potensi pasaran industri kereta elektrik yang boleh mencecah sehingga lebih USD 800 Billion menjelang tahun 2030.


7. Perlaksanaan idea ini semestinya dapat meningkatkan kadar pelaburan asing di Malaysia secara signifikan di samping menempatkan negara sebagai lokasi ideal untuk kelangsungan revolusi industri yang sedang berlangsung di seluruh negara. 


8. Negara jiran di rantau ASEAN seperti Indonesia juga telah membuktikan kemampuan mereka untuk menjalin hubungan bersama syarikat Tesla. Malaysia akan menyusul.


9. Hubungan kerjasama ASEAN dan Amerika Syarikat ini dapat membuka pintu yang lebih besar terhadapan pertumbuhan ekonomi dan turut menyediakan Malaysia dan negara negara ASEAN yang lain menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang dijangka bakal berlaku dalam tempoh yang akan datang. 


10. Persidangan Kemuncak ASEAN - AS ini sebenarnya telah membuktikan kepentingan dan kedudukan negara Malaysia serta ASEAN terhadap salah satu kuasa ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat.


11. Dari Menara Dato' Onn, PWTC hingga ke White House Washington, ternyata YAB PM DSIS pemimpin yang disanjung tinggi segenap kawan atau l;awan, baik yang dekat atau jauh.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA