YAB PM DSIS Berjaya Mengangkat Perjuangan UMNO Hingga Ke Washington
Laungan perjuangan kepada rakyat Palestin ini bukanlah hanya untuk menjadi modal politik dalam negara sahaja. Tetapi untuk dinyatakan secara lantang di peringkat antarabangsa untuk menunjukkan solidariti tanpa belah bagi Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.
Perjuangan UMNO dalam pembebasan Palestin tidak dapat dipisahkan.
Inilah yang benar-benar dibanggakan oleh akar umbi UMNO kepada kepimpinan YAB PM DSIS.
Berkatalah benar walaupun pahit.
Sewaktu di Rumah Putih, Perdana Menteri Malaysia merupakan satu-satunya ketua negara Asean yang lantang menyuarakan tentang isu Palestin. Pencerobohan haram Israel ke atas tanah Palestin telah dikecam sekeras-kerasnya oleh Malaysia. Ismail Sabri turut mengutuk insiden pembunuhan wartawan veteran Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh oleh tentera regim Zionis.
ABATA: Agama, Bangsa dan Tanahair.
Demikianlah garis perjuangan UMNO. Setiap satunya harus bergerak seiring tanpa ada yang tercicir. Sejak sekian lama UMNO terkehadapan dalam menyuarakan isu Palestin di tanah bertuah Malaysia.
Demi agama, UMNO telah, sedang dan akan selamanya bersolidariti dengan saudara-saudara kita di bumi Palestin. Ada yang membantu dari kejauhan melalui Tabung Muafakat Palestin yang dilancarkan UMNO Mei tahun lalu, ada juga yang menyertai misi kemanusian HM4P yang dianjurkan Biro Kebajikan. Sedari dahulu, perjuangan Palestin adalah perjuangan UMNO.
Kini, laungan ‘Free Gaza’ dan ‘Free Palestine’ yang selama ini berkumandang di Menara Dato’ Onn turut kedengaran di Rumah Putih.
Mesej itu disampaikan sendiri oleh Ismail Sabri kepada Presiden Amerika Syarikat Joe Biden di Washington.
Sebagai pemimpin UMNO, Ismail Sabri senantiasa memastikan obor perjuangan parti keramat ini terus menyala hatta di Washington.
Meskipun pemimpin ASEAN lain memilih untuk berdiam, namun YAB PM DSIS tegas menyatakan pendirian Malaysia yang mana merupakan pendirian UMNO dalam isu Palestin.
Kembalinya YAB PM DSIS dari Washington ini bukan sekadar bakal melonjak pelaburan dan nilai pasaran saham di Bursa, sudah tentu saham UMNO di hati Keluarga Malaysia juga bakal melonjak.
Tahniah dan terima kasih YAB PM DSIS.

Comments
Post a Comment