YAB PM DSIS BERTINDAK TEGAS SELESAIKAN ISU KEHABISAN BEKALAN DAN HARGA AYAM
Kali ini, tindakan YAB PM Ismail Sabri Yaakob lebih tegas dari biasa. Beliau mempercepat Mesyuarat Kabinet dengan isu kehabisan ayam ini menjadi agenda utama. Malahan, mesyuarat kali ini segera memutuskan beberapa tindakan segera.
Pertama, menghentikan eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun sehingga harga dan pengeluaran ayam stabil. Langkah ini tepat bagi membolehkan bekalan ayam untuk masyarakat tempatan diutamakan.
Kedua, mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan fasiliti penyimpanan bilik sejuk milik MAFI dan agensinya.
Ketiga, memansuhkan AP ayam termasuk ayam bulat bertujuan meningkatkan peluang pengimport menyediakan lebih bekalan.
Keempat, menambah dan mengiktiraf loji sembelihan di luar negara supaya dapat menambah lagi bekalan ayam.
Dan, kelima, mengarahkan dengan segera mempermudah proses tuntutan subsidi kepada pengeluar ayam.
Lima langkah ini berjaya dimuktamadkan dan dilaksanakan serta-merta sebagai tindakan jangka pendek Kerajaan pimpinan YAB PM Ismail Sabri Yaakob bagi mengatasi isu bekalan ayam dan menstabilkan harga ayam di pasaran.
Ternyata, langkah penyelesaian kali ini dilihat positif oleh ramai sebagai satu tindakan berani dan tegas oleh YAB PM Ismail Sabri Yaakob.
Komitmen beliau terhadap isu makanan ruji Keluarga Malaysia ternyata 'bertaring' kali ini. Terima kasih YAB PM DSIS!

Comments
Post a Comment