YAB PM DSIS Jihad Ekonomi Pecahkan Monopoli Import Makanan
Permit import (AP) bekalan makanan tidak diperlukan atau dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut bagi memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi.
"Kita buka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan masuk ke negara kita," katanya.
Kalau dahulu ada pelbagai AP tetapi mulai hari ini tidak ada AP lagi diperlukan"
Isu AP ini tidak pernah dimansukan oleh Pakatan Harapan apabila mereka berkuasa selama 22 bulan.
Ismail Sabrii tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang tetapi beliau senantiasa cepat bertindak demi kebaikan rakyat.
Jika sebelum ini ketika harga ayam meningkat beliau cepat bertindak untuk stabilkan harga.
Pada ketika itu , beliau terus mengarahkan bekalan ayam import dan ikan sejuk beku yang disimpan sebagai stok di bawah program Q'Fish dilambakkan dalam pasaran sebagai langkah segera menstabilkan harga.
MESYUARAT Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) memutuskan bahawa permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP).
Ismail Sabri Yaakob berkata, berbanding sebelum ini mereka hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain.
"Mesyuarat juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar (hypermarket)"
Segala tindakan pantas , tegas dan berani ini adalah satu jenis jihad ekonomi yang tidak berani dilakukan oleh mana - mana kepimpinan sebelum ini.
Hanya dalam zaman Ismail Sabri sumber dan bekalan makanan negara Malaysia menjadi nikmat bersama dan bukan hanya terletak pada penguasaan dan monopoli sebilangan kartel.
Jihad ekonomi ini adalah satu usaha yang seharusnya kita puji. Sebelum ini tiada sesiapa yang berani berhadapan untuk pecahkan monopoli penguasaan kartel.
Kini tiada lagi sekatan dan tiada lagi AP.
Kesemua ini hanya mampu berlaku dan sedang berlaku dalam zaman kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kita.
Natijahnya , Ismail Sabri berjaya perangi orang tengah dalam menjamin bekalan makanan dalam negara mencukupi.

Comments
Post a Comment