Jovian Usahawan Berjaya
1. Jovian merupakan satu - satunya keluarga atau menantu Perdana Menteri yang tidak pernah diberikan mana - mana projek kerajaan , berjaya sebelum Bapa Mertuanya menjadi PM , dilantik dalam mana - mana GLC kerajaan.
Keadaan ini sangat berbeza dengan kesemua anak dan keluarga Tun Mahathir yang merupakan Billionaire dan hanya berjaya setelah bapa mereka menjadi PM.
Begitu juga berbeza dengan anak Najib yang baru - baru ini dalam perbicaraan mahkamah di Amerika Syarikat apabila Tim Leissner mengatakan anaknya ditawarkan kerja di TPG Capital untuk mendapatkan projek 1MDB mencecah billion ringgit.
2. Jovian Sudah Berjaya Sebelum Ismail Sabri Menjadi Menteri Atau Perdana Menteri
Pada tahun 2006 lagi Jovian sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan dan keusahawanan.
Ismail Sabri pula hanya mula bertanding dalam PRU pertamanya pada tahun 2008.
Jovian pula hanya berkahwin dengan anak Ismail Sabri pada tahun 2013.
Oleh itu segala pencapaian Jovian dalam bidang keusahawan tiada kaitan dengan kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
3. Perlantikan CEO Caely Holdings
Walaupun perlantikan Jovian sebagai CEO Caely Holdings adalah selepas Ismail Sabri menjadi PM.
Namun begitu , kita jangan lupa Jovian juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif HEYHO Sdn Bhd yang menghasilkan pelbagai hidangan sedia untuk dimakan dan Dapur Mandagie, resipi sambal istimewanya sebelum ini.
Pada 2021, Jovian pula dilantik oleh Cheetah Malaysia sebagai Pengarah Kreatif.
Keadaan ini hanya bermakna Jovian memiliki bakat , pengalaman dan prestasi yang cemerlang dalam bidang keusahawanan selama 16 tahun lamanya tanpa memiliki sebarang kaitan dengan politik.
4. Prestasi Cemerlang Dalam Dunia Keusahawan Fesyen
Menurut wawancara sinar harian , Jovian Mandagie mengatakan bukanlah satu jenama yang dicipta dalam sekelip mata dan kejayaan hari ini bukanlah suatu perkara mudah untuk dikecapi kerana saya bermula dengan menjual pakaian dari rumah ke rumah dan segalanya diusahakan dari bawah.
5. Pencapain Jovian
Anugerah Perniagaan Cemerlang ASEAN untuk Jenama Pakaian Fesyen Paling Dikenali
Pereka Fesyen Terbaik 2013, Mercedes-Benz Stylo Grand Prix
Anugerah Bintang Couture, Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia 2011
Anugerah Penghargaan sebagai Pereka Fesyen Terkenal
Antarabangsa oleh Kedutaan Malaysia di Manama, Bahrain
Top 40 Under 40 oleh majalah Prestige
Pereka Pakaian Wanita Terbaik

Comments
Post a Comment