MOU Tidak Tamat Pada 31 Julai


1. Ya, ini kisah benar. Momokan bahawa MOU Transformasi dan Kestabilan Politik akan luput pada 31 Julai ini hanya datang daripada mereka yang culas dan malas membaca.


2. Merujuk Perkara 2.1, MOU tersebut berkuatkuasa daripada 13 September 2021 dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14.


3. Maksudnya, selagi YDPA tidak memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen, MOU tersebut akan terus sah dan berjalan.


4. Perkara 3.2 pula menyentuh keperluan untuk kerajaan melaksanakan setiap satu dan segala Transformasi yang dicadangkan dan dipersetujui bersama.


5. Beberapa agenda transformasi tersebut telahpun dilunaskan seperti pemerkasaan pelan COVID-19, Undi18, pindaan perlembagaan untuk Perjanjian Malaysia 1963, penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan penstrukturan semula Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Banyak gerak kerja transformasi yang dijayakan Dato’ Sri Ismail Sabri hasil persefahaman dwipartisan ini.


6. Walaubagaimanapun, pelan transformasi seperti RUU Anti Lompat Parti mengambil masa yang lama untuk penelitian dan perbahasan sebelum diluluskan. RUU ini sudahpun berada di peringkat akhir Jawatankuasa Pilihan Khas dan akan dibentangkan di Parlimen Julai nanti.


7. Selagi RUU ini tidak diluluskan, MOU akan terus terpakai memandangkan Perkara 3.2 menuntut kelulusan RUU sebagai salah satu agenda transformasi yang dijayakan kerajaan dalam tempoh MOU.


8. Iqra! Bacalah MOU Transformasi dan Kestabilan Politik sebelum memandai membuat kesimpulan bahawa MOU akan terbatal pada 31 Julai. Selamat membaca!

 

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA