RINGGIT SEMAKIN KUKUH BUKTI DIPLOMASI EKONOMI ISMAIL SABRI DIYAKINI


Ringgit semakin kukuh dan melantun semula berbanding dengan dolar Amerika, pound Britain, dolar Singapura, dan yen Jepun. Pada petang hari Rabu minggu ini, mata wang ringgit mencapai 4.4120/4150, memecahkan corak penurunan tiga hari dagangan berturut-turut daripada 4.4190/4220 pada hari Selasa. Ringgit juga naik berbanding dengan pound Britain daripada 5.3496/3533 pada Selasa, dan kini pada 5.3323/3360 selaku pada hari Rabu. Sama juga dengan dolar Singapura yang kini pada 3.1732/1758, dan yen Jepun kepada 3.2815/2840. 


Ini berturut dengan berita daripada Bank Negara Amerika Syarikat yang mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 basis poin. Dalam pada masa yang sama, keadaan inflasi di Amerika Syarikat yang mencapai kadar 8.6% dalam jangka masa dan purata 12-bulan, lebih teruk berbandingkan dengan Malaysia yang mengalami inflasi lebih-kurang 2.1% pada tahun ini. Ringgit mungkin berpeluang untuk pulih kearah yang lebih baik dalam masa terdekat ini. 


Ringgit pada hari ini juga berpeluang untuk memperbaiki kedudukannya berbanding dengan dolar Amerika yang dijangka akan tutup pada anggaran 4.4004 pada petang ini. 


Berhasil juga usaha Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri yang telah pun berjumpa dengan wakil-wakil penting daripada Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, dan Britain baru-baru ini. Ini melambangkan kebolehan Malaysia yang semakin teguh, melalui indikator negara demokrasi seperti kebolehan untuk memperkuatkan matawang- sekaligus memberi keyakinan kepada negara-negara luar dan rakyat Malaysia kepada kepimpinan kerajaan kini.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA