YAB PM DSIS BUKANNYA MANSUH HUKUMAN GANTUNG, HANYA TINGKATKAN BUDIBICARA HAKIM
1. Ramai orang tiba-tiba menjadi palatao undang-undang dan pakar keadilan dengan cuba menimbulkan ketakutan dengan mendakwa Hukuman Gantung sudah dimansuhkan. FAKTANYA Hukuman Gantung MASIH ADA.
2. PM hanya memansuhkan perkataan MANDATORI sahaja. MANDATORI ini maksudnya TERPAKSA. Dalam teori hukuman jenayah memang akan ada elemen 'human error'. Kekhilafan manusiawi ini menjadi makin bahaya kepada nyawa orang yang sebenarnya tak bersalah tapi hakim terpaksa jatuhkan hukuman mati walaupun hakim sendiri rasa kesian kepada pesalah.
3. Kita ambil contoh isu dadah narkotik la. Berapa ramai rakyat Malaysia yang terjebak dengan najis dadah ini sebab kesempitan hidup. Ada yang terpaksa bergelumang sebab nak bagi anak makan, nak cari kos bantuan perubatan ahli keluarga. Dalam keadilan jenayah, semua faktor ini kena ambil kira dan sepatutnya Hakim boleh beri hukuman yang lebih reformatif seperti penjara tapi sebab ada perkataan Mandatori sebelum ini, semua terpaksa ke tali gantung.
4. Namun ini bukan bermakna kita tidak tegas perangi dadah. Kalau satu hari kita dapat tangkap Jerung-Jerung dadah dan taikun narkotik, kalau kesan mudarat jenayah mereka memang parah kepada negara, Hakim boleh sahaja arahkan hukuman gantung. Jadi hukuman gantung itu masih ada.
5. Sebenarnya keputusan hapuskan MANDATORI ini pun sangatlah dinantikan oleh Hakim, sebab sekarang ini akhirnya mereka boleh kenakan hukuman yang mereka sendiri rasa sesuai tanpa perlu terpaksa lagi. Berapa ramai keldai dadah kecil-kecilan yang mati sia-sia di tali gantung tapi jerung dadah tetap terlepas?! Dengan perubahan sekarang ini, pesalah narkotik akan ada insentif yang besar untuk beri maklumat pasal sindiket jerung dadah ini kepada polis untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan. Sebelum ini tak ada semua ini.
6. Yang penting, anda kena faham la bahawa hukuman gantung itu tetap ada. Kalau korang bunuh orang lain dengan ganas dan kejam, BOLEH KENA GANTUNG. Kalau korang merompak dan membunuh, BOLEH KENA GANTUNG. Kalau korang menderhaka kepada YDPA, BOLEH KENA GANTUNG. Kalau korang menculik dah membunuh orang lain, BOLEH KENA GANTUNG. Kalau korang ada senjata api haram, BOLEH KENA GANTUNG.
Hukuman gantung itu masih ada. Yang diubah hanyalah ruang budibicara supaya Hakim dapat berlaku lebih adil. Lebih baik tersalah ampun, dari tersalah hukum. Berhentilah jadi palatao. Yang penting jauhi dadah, jauhi jenayah.

Comments
Post a Comment