AHLI PARLIMEN YANG TIDAK MENYOKONG RUU ANTI LOMPAT PARTI ADALAH PENGKHIANAT UNDI RAKYAT DALAM PRU
1. Isu lompat parti adalah isu yang menjadi kegusaran rakyat Malaysia kerana tindakan seseorang ahli politik yang lompat parti seolah olah tidak menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
2. Dengan kewujudan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti (RUU), harapan untuk mewujudkan demografi politik yang lebih telus akan terus membara dan menyala.
3. Walaubagaimanapun, tindakan ahli parlimen yang tidak menyokong RUU ini seolah olah menghancurkan harapan besar rakyat Malaysia untuk melihat kemajuan dalam politik negara.
4. Perkara ini sangat memberikan kesan yang sangat mendalam buat rakyat Malaysia apabila terjadinya peristiwa Langkah Sheraton yang memuncakkan kemarahan dan kekecewaan rakyat kepada sistem demokrasi Malaysia.
5. Perubahan kepada tampuk pimpinan baru pada ketika itu seolah olah meragut hak pengundi pada pilihan raya sebelumnya.
6. Kuasa dan mandat untuk menentukan tampuk pemerintahan negara sewajarnya terletak kepada rakyat secara keseluruhan dan bukanlah kepada pihak yang mengambil kesempatan dengan melakukan tindakan lompat parti.
7. Rakyat memilih seseorang wakil bagi menyuarakan pandangan mereka disebabkan oleh beberapa faktor tetapi parti dan ketelusan yang diperjuangkan oleh seseorang ahli politik tersebut juga membawa nilai yang sangat penting.
8. RUU ini merupakan langkah besar yang perlu diambil dalam mentransformasikan demokrasi di Malaysia. Kepada ahli parlimen yang tidak menyokong RUU ini, persoalannya, adakah mereka cuba untuk memperjuangkan nasib demokrasi negara atau sebenarnya nasib periuk nasi mereka sahaja?
9. Tindakan tidak menyokong RUU ini menggambarkan tindakan ahli parlimen yang tidak proaktif dan bersikap individualistik dalam membentuk pembangunan demokrasi yang lebih baik kepada negara.
10. Kelompok inilah yang menjadi musuh di dalam selimut yang perlu sama sama kita perhatikan agar mereka tidak dapat menggunakan tiket lompat parti untuk kepentingan peribadi berbanding keperntingan rakyat.

Comments
Post a Comment