RUU ANTI LOMPAT PARTI BUKTI ISMAIL SABRI SENTIASA MENJAGA KEPENTINGAN PARTI UMNO



“Suara Rakyat Diangkat , Aspirasi UMNO Direalisasikan”


Pembentangan dan pembahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) oleh Perdana Menteri Ismail Sabri menjadi proses penting bagi membolehkan peraturan antilompat parti dapat dilaksanakan di negara ini.


Pembentukan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti itu perlu dilihat sebagai pelindung kepada sistem demokrasi melangkaui hal-hal berkaitan dengan kebebasan dan hak asasi yang terdapat dalam Perlembagaan.


Perhimpunan Agung UMNO pada 19 Mac 2022 dengan sebulat suara meluluskan usul yang berbunyi Melaksanakan transformasi institusi politik termasuk cadangan yang diperjuangkan agar Akta Anti Lompat Parti dan Pendanaan Politik dibentangkan di Dewan Rakyat. 


Oleh sebab itu , pembentangan akta lompat parti yang sendiri dibentangkan oleh Ismail Sabri menunjukkan beliau merupakan pemegang amanah suara akar umbi , MKT dan Pemuda UMNO yang mahukan akta ini dilaksanakan.


Tambahan pula , hasrat "Institusi Presiden UMNO" iaitu Zahid Hamidi yang mahukan Akta Anti Lompat Parti direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati kini sudahpun direalisasikan oleh Ismail Sabri. 


Dalam pada itu , beliau juga membuktikkan sebagai seorang pelaksana janji apabila akta lompat parti ini juga merupakan antara perjanjian utama yang ditandatangani dengan pihak pembangkang dalam MoU Transformasi demi kepentingan rakyat dan negara. 


Dengan pembangkang beliau kotakan janji , dengan rakyat beliau laksanakan suara mereka dan dengan UMNO pula beliau turuti segala yang diminta. 


Natijahnya , keputusan MKT UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini sebulat suara namakan Ismail Sabri Sebagai Calon PM Pilihan Raya Akan Datang merupakan satu langkah yang sangat tepat.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA