AKTA SOSMA DILULUSKAN : 5 ISYARAT BARISAN NASIOANL PERLUKAN ISMAIL SABRI SEBAGAI PENJAMIN KELANGSUNGAN BN SEBAGAI KERAJAAN PADA PRU15


1.0 Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Kukuh & Stabil - Undi 


SOSMA Lambang Undi Percaya 

Akta ini diluluskan dengan kemenangan angka sebanyak 23 undi. 


Sejumlah 111 ahli Parlimen setuju dan 88 ahli Parlimen menolak. Terdapat 222 ahli Parlimen di Malaysia. Oleh sebab itu , undi 111 juga menandakan sokongan kepada kerajaan yang dipimpin oleh Ismail Sabri masih lagi memiliki majoriti. 


Keadaan ini jelas menunjukkan Ismail Sabri bukan sahaja mampu menyatukan keseluruhan UMNO dan Barisan Nasional malahan turut disokong oleh komponen parti bukan BN dengan undi 111. 


Bayangkan pada hari ini jika Perdana Menteri BN bukan Ismail Sabri tetapi individu lain. Adakah individu tersebut akan mampu mendapat sokongan daripada Perikatan Nasional dalam meluluskan Akta SOSMA? 


2.0 UMNO Bersendirian Hanya Mampu 80 Kerusi Kalau Menang 100%


Menurut pengarah pilihan raya UMNO , pada Pilihan Raya Umum Ke-15 UMNO berhasrat untuk bertanding di sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen. 


Jika UMNO menang bersendirian sekalipun dengan kemenangan 100% masih akan gagal untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. 


Kekuatan UMNO yang kini semakin kuat tidak sesekali melambangkan kekuantan komponen BN lain seperti MCA dan MIC. 


Dalam keadaan BN tidak mampu untuk menang sekurang - kurangnya 112 kerusi maka Ismail Sabri kini hanya merupakan satu - satunya susuk tubuh UMNO yang kini dapat diterima dan disokong oleh pelbagai pihak. 


3.0 PRU Berbeza Dengan PRK & PRN 


Dinamika politik pada hari ini sudah berbeza. Kita kena sedar hakikat bahawa politik BN yang boleh menang secara bersendirian pada zaman lalu sudah pun berakhir.


Walaupun BN sememangnya menang dalam pelbagai PRK dan PRN sebelum ini namun kesemua kemenangan tersebut sememangnya negeri kekuatan BN sebelum ini. 


Lebih - lebih lagi peratusan pengundi yang keluar adalah sangat rendah dalam sejarah pengundian negara. 


Pasca PRU-15 sekuat - sekuatnya BN juga tidak akan sesekali mampu untuk menang 111 bersendirian. 


PRU berbeza dengan PRN dan PRK. Dalam dunia Bola Sepak Malaysia , Liga Malaysia berbeza dengan Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia. 


4.0 Tanpa Ismail Sabri BN Akan Jadi Pembangkang Atau PM Bukan Lagi Milik UMNO 


Bayangkan jika individu lain daripada UMNO yang dipilih untuk berunding dengan komponen parti lain maka sejarah lama akan kembali iaitu sama ada BN bukan lagi kerajaan atau kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan tetapi jawatan Perdana Menteri bukan datangnya dari UMNO. 


5.0 BN Lebih Memerlukan Ismail Sabri Berbanding Sebaliknya 


Tanpa kita sedari BN lebih memerlukan Ismail Sabri berbanding sebaliknya. 


Dalam sistem demokrasi Malaysia dengan sokongan daripada pelbagai pihak yang mampu diperoleh oleh Ismail Sabri sudah membolehkan dirinya menjadi Perdana Menteri atau Presiden kepada mana - mana parti gabungan apabila mendapat sokongan majoriti daripada hampir kesemua ahli parlimen. 


Namun begitu , perkara ini tidak akan sesekali berlaku kerana Ismail Sabri merupakan seorang pejuang sejati UMNO. Beliau sering berkata 'Saya Orang Parti! Darah Saya Darah UMNO!' 


Oleh sebab itu , sesiapa sahaja yang benar - benar sayangkan Barisan Nasional atau UMNO dan sesiapa sahaja yang meletakkan kepentingan parti berbanding individu seharusnya memberi sokongan teguh dan padu kepada Ismail Sabri untuk terus menjadi pemimpin kita yang mampu menyatupadukan kawan dan lawan.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA