Indeks Persepsi Rasuah: Pelaburan Negara Tidak Terjejas


1. Saya membaca dengan teliti pandangan KP SPRM yang mengkritik laporan yang dikeluarkan oleh Transparency Internasional berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah ("CPI") Malaysia. Laporan tahun ini menunjukkan Malaysia jatuh beberapa anak tangga.


2. Penurunan Malaysia dalam skala CPI mula dijadikan permainan politik oleh politikus sepenuh masa untuk menggambarkan bahawa situasi korupsi dan rasuah di Malaysia bertambah parah. Lebih teruk lagi apabila, CPI ini dijadikan dogma oleh musuh negara untuk menggoyahkan keyakinan pelabur asing.


3. Walaupun saya bukan penggemar nombor satu KP SPRM, dalam hal CPI ini saya akan berlaku adil kepada beliau. KP SPRM bukannya orang pertama pun yang mengkritik kajian CPI. Prof Paul Heywood, Pensyarah di Fakulti Pengajian Sains Sosial di Universiti Nottingham, turut senada dalam hal ini. CPI wajar dipersoalkan ketelusannya kerana sumber kajian ini diragui dan banyak dipengaruhi oleh bias berat sebelah. Lebih teruk lagi apabila CPI ini sebenarnya hanya menggambarkan persepsi dan bukan realiti.


4. Dalam menghambat masalah besar negara seperti rasuah, persepsi bukan kayu ukur yang efektif. Yang lebih kita perlukan adalah keupayaan dan daya untuk memahami realiti. Dari segi ini dapatan daripada SPRM adalah lebih tepat untuk dipercayai. Masalah rasuah memang masih berlaku tetapi seperti kata KP SPRM, masih rendah dan terkawal.


5. Persepsi adalah suatu pandangan yang sangat boleh dimanipulasi. Saya berikan satu contoh, apabila kita melihat SPRM semakin aktif membuat tangkapan rasuah, kita merasa sesak dada apabila membaca di akhbar seolah-olah Malaysia berdepan masalah rasuah setiap hari. Walhal tangkapan secara berkala ini sudah menjadi bukti kukuh bahawa rakyat Malaysia menolak rasuah dan usaha kita dalam menanganinya semakin berkesan. Inilah masalah persepsi; terlalu mudah untuk dimanipulasi.


6. Sebaiknya dalam menangani masalah rasuah, sokongan rakyat secara sebaiknya perlu diberikan kepada SPRM. Bantu mereka dengan membuat laporan dan tampil memberikan maklumat. Rasuah akan mudah dibendung jika kita sudah terbudaya untuk menolak rasuah.


7. Pandangan ini tidaklah bermakna kita perlu menolak CPI secara total. CPI tetap boleh menjadi sasaran dan penanda aras cuma TIDAKLAH sehingga menjadi penentu baik buruk sesebuah negara. Kalau anda buka sendiri laman web Transparency Internasional, mereka sendiri akui bahawa CPI bukan gambaran sebenar realiti masalah rasuah.


8. Pengalaman lama tentu mengajar kita untuk lebih sensitif dengan isu rasuah, ini semangat yang bagus. Lebih bagus lagi kalau kita boleh meneliti isu ini dengan lapang dada. Malaysia dalam usaha memerangi rasuah secara besar-besaran. Tidak pernah timbul isu 'sapu bawah karpet' di Malaysia. Usaha bagus SPRM kita kena junjung. CPI ini bukanlah punca sekiranya perlaburan menurun sebab saya yakin pelabur asing juga bijak dan faham masalah CPI ini dan lebih melihat potensi ekonomi Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA