ISMAIL SABRI, BUKAN HANG JEBAT DAPAT TAMINGSARI


Pada bulan Mei, 2022, UMNO mengadakan Perhimpunan Khas untuk meminda perlembagaan agar pemilihan parti diadakan pasca PRU 15. Berbulan-bulan sebelum itu, dimomokkan konon Ismail Sabri menentang pindaan tersebut, tetapi terbukti akhirnya Ismail Sabri membuktikan kesetiaan tak berbelah bagi apabila menjadi Penyokong di mana DS Mohd. Khaled Nordin sebagai Pencadang.

Tiba-tiba Ismail Sabri dituduh Jebat mendapat tamingsari apabila menjadi Perdana Menteri. Tidak setia bagaimana tu? Sayugia dimaklumkan tidak ada gerakan dalam Kerajaan menjatuhkan sesiapa di dalam parti. Tidak ada Team A Team B, tiada team Anwar team Dr. Mahathir, tidak ada team Ku Li. Walaupun Ismail Sabri sebagai PM yang berkuasa penuh dalam Kerajaan, tetapi tidak pernah memberi arahan menjatuhkan sesiapa. He is very-very gentlement and loyal to the party.

Ismail Sabri turun di PRN Melaka dan PRN Johor sebagai Naib Presiden, membantu calon-calon UMNO dan BN. Tidak boleh dinafikan, bahawa kelebihan sebagai Perdana Menteri UMNO memberi kelebihan besar kepada parti memenangi kedua-dua PRN Melaka dan Johor.

Di mata rakyat akar umbi, Ismail Sabri berjaya membina imej positif dalam UMNO. Rakyat kembali meyakini UMNO dan BN selepas melihat kemampuan Ismail Sabri menerajui Kerajaan minoriti UMNO. Itu baru 10 bulan sahaja pun.

Walaupun Perikatan Nasional memiliki kerusi lebih banyak drpd UMNO/BN dalam Kerajaan hari ini, tetapi Ismail Sabri berjaya mengukuhkan pengaruh UMNO dalam Kerajaan. Ia sesuatu yang sukar mempertahan kesetiaan komponen parti dalam Kerajaan, sedangkan Tun Dr. Mahathir yg berpengalaman tidak berjaya mempertahankan Kerajaan PH 22 bulan.

Boleh dikatakan Ismail Sabri memenuhi semua cadangan perlantikan pemimpin UMNO di GLC, agensi dan sebagainya asalkan mematuhi syarat memasuki Kerajaan.

Ismail Sabri mengikuti apa sahaja program-program utama parti seperti Perhimpunan Agung, Perhimpunan Khas, Mesyuarat Majlis Tertinggi, Konvensyen BN dan sebagainya kecuali program melibatkan Kerajaan yg telah diatur lebih awal dan tidak dapat dielak kerana kepentingan negara dengan luar negara serta kepentingan nasional parti itu sendiri. Ada perkara important and urgent, ada perkara important but not urgent.

Apa yang dilakukan Ismail Sabri dalam kerajaan hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri yang terbaik kepada rakyat dan negara. Supaya rakyat sedar bahawa UMNO ada ramai pemimpin pelapis walaupun kepimpinan utama parti masih dalam proses membersihkan nama di Mahkamah.

Kesimpulan, rakyat mendapati Ismail Sabri seorang ahli parti yang setia kepada Presiden dan parti UMNO sendiri. Perbuatan mempersoal kesetiaan Ismail Sabri adalah perbuatan nakal yang bertujuan tidak baik. 

Jika Ismail Sabri seperti Tun Dr. Mahathir, boleh sahaja Perdana Menteri mengarahkan AG mempercepatkan perbicaraan dan keputusan perbicaraan di Mahkamah. Tetapi sebagai seorang peguam, Ismail Sabri percaya kepada prinsip keadilan di mana seseorang itu perlu diberi peluang mempertahankan diri di mahkamah sehingga ke saat terakhir.

Itulah Ismail Sabri, sebahagian dirinya merupakan Perdana Menteri kepada rakyat dan negara. Sebahagian lagi adalah ahli dan Naib Presiden UMNO. 

Tidak mudah memenuhi permintaan rakyat dan tidaklah mudah memenuhi kemahuan parti. Demi Negara dan parti, Ismail Sabri meletakkan kepentingan negara dan kepentingan parti di hadapan. 

Dialah Hang Tuah yang diamanahkan memegang Taming Sari, setia pada parti.Pada bulan Mei, 2022, UMNO mengadakan Perhimpunan Khas untuk meminda perlembagaan agar pemilihan parti diadakan pasca PRU 15. Berbulan-bulan sebelum itu, dimomokkan konon Ismail Sabri menentang pindaan tersebut, tetapi terbukti akhirnya Ismail Sabri membuktikan kesetiaan tak berbelah bagi apabila menjadi Penyokong di mana DS Mohd. Khaled Nordin sebagai Pencadang.


Tiba-tiba Ismail Sabri dituduh Jebat mendapat tamingsari apabila menjadi Perdana Menteri. Tidak setia bagaimana tu? Sayugia dimaklumkan tidak ada gerakan dalam Kerajaan menjatuhkan sesiapa di dalam parti. Tidak ada Team A Team B, tiada team Anwar team Dr. Mahathir, tidak ada team Ku Li. Walaupun Ismail Sabri sebagai PM yang berkuasa penuh dalam Kerajaan, tetapi tidak pernah memberi arahan menjatuhkan sesiapa. He is very-very gentlement and loyal to the party.


Ismail Sabri turun di PRN Melaka dan PRN Johor sebagai Naib Presiden, membantu calon-calon UMNO dan BN. Tidak boleh dinafikan, bahawa kelebihan sebagai Perdana Menteri UMNO memberi kelebihan besar kepada parti memenangi kedua-dua PRN Melaka dan Johor.


Di mata rakyat akar umbi, Ismail Sabri berjaya membina imej positif dalam UMNO. Rakyat kembali meyakini UMNO dan BN selepas melihat kemampuan Ismail Sabri menerajui Kerajaan minoriti UMNO. Itu baru 10 bulan sahaja pun.


Walaupun Perikatan Nasional memiliki kerusi lebih banyak drpd UMNO/BN dalam Kerajaan hari ini, tetapi Ismail Sabri berjaya mengukuhkan pengaruh UMNO dalam Kerajaan. Ia sesuatu yang sukar mempertahan kesetiaan komponen parti dalam Kerajaan, sedangkan Tun Dr. Mahathir yg berpengalaman tidak berjaya mempertahankan Kerajaan PH 22 bulan.


Boleh dikatakan Ismail Sabri memenuhi semua cadangan perlantikan pemimpin UMNO di GLC, agensi dan sebagainya asalkan mematuhi syarat memasuki Kerajaan.


Ismail Sabri mengikuti apa sahaja program-program utama parti seperti Perhimpunan Agung, Perhimpunan Khas, Mesyuarat Majlis Tertinggi, Konvensyen BN dan sebagainya kecuali program melibatkan Kerajaan yg telah diatur lebih awal dan tidak dapat dielak kerana kepentingan negara dengan luar negara serta kepentingan nasional parti itu sendiri. Ada perkara *important and urgent*, ada perkara *important but not urgent*.


Apa yang dilakukan Ismail Sabri dalam kerajaan hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri yang terbaik kepada rakyat dan negara. Supaya rakyat sedar bahawa UMNO ada ramai pemimpin pelapis walaupun kepimpinan utama parti masih dalam proses membersihkan nama di Mahkamah.


Kesimpulan, rakyat mendapati Ismail Sabri seorang ahli parti yang setia kepada Presiden dan parti UMNO sendiri. Perbuatan mempersoal kesetiaan Ismail Sabri adalah perbuatan nakal yang bertujuan tidak baik. 


Jika Ismail Sabri seperti Tun Dr. Mahathir, boleh sahaja Perdana Menteri mengarahkan AG mempercepatkan perbicaraan dan keputusan perbicaraan di Mahkamah. Tetapi sebagai seorang peguam, Ismail Sabri percaya kepada prinsip keadilan di mana seseorang itu perlu diberi peluang mempertahankan diri di mahkamah sehingga ke saat terakhir.


Itulah Ismail Sabri, sebahagian dirinya merupakan Perdana Menteri kepada rakyat dan negara. Sebahagian lagi adalah ahli dan Naib Presiden UMNO. 


Tidak mudah memenuhi permintaan rakyat dan tidaklah mudah memenuhi kemahuan parti. Demi Negara dan parti, Ismail Sabri meletakkan kepentingan negara dan kepentingan parti di hadapan. 


Dialah Hang Tuah yang diamanahkan memegang Taming Sari, setia pada parti.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA