KENAIKKAN HARGA BARANGAN AKIBAT FAKTOR GEOPOLITIK

 




1. Tahun 2022 merupakan satu tahun yang sukar buat rakyat Malaysia, menurut Indeks Harga Pengguna kita menghadapi inflasi yang tertinggi iaitu sebanyak 2.8 peratus, hampir 184 item dari 522 item mengalami peningkatan.



2. Hakikatnya, peningkatan harga makanan bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di seluruh dunia. Malah, kalau diikut, negara kita paling rendah kadar inflasinya iaitu 2.8% berbanding negara Asean, contohnya jiran kita Singapura, kadar inflasinya sahaja 5.8%.



3. Untuk fahaman semua, rantaian bekalan makanan bergantung kepada pelbagai elemen seperti  pengeluaran agrikultur, pemprosesan dan pengurusan ternakan dan tuaian, pengedaran dan pengguna. Satu sahaja terkesan, ia akan memberi kesan kepada penghujung rantaian iaitu pengguna.



4. Antara faktor terbesar yang menyumbang kepada peningkatan harga barang ini adalah geopolitik. Kalau kita sedar, harga barang mula naik setelah kita mula pulih daripada pandemik Covid-19, namun ia semakin naik tinggi apabila perang Rusia-Ukraine berlaku. Persoalannya kenapa?



5. Ini kerana ia menganggu pengeluaran hasil tanaman dan tuaian. Untuk makluman semua, jika digabungkan Rusia dan Ukraine, mereka mencakupi 29% eksport global gandum, 28% baja dan bahan seperti nitrogen, 80% minyak bunga matahari dan 40% barli. Malah, Rusia juga mengeksport hampir 40% gas asli kepada Eropah.

 

6. Disebabkan Rusia mengharamkan eksport bahan bahan tersebut, ia telah menyebabkan kesan domino yang lebih teruk. Ada negara negara sudah mula mengharamkan bekalan makanan hasil ternakan dan tuaian negara mereka dari dieksport. Masyarakat dunia memanggil gerakan atau dasar seperti ini sebagai “food protectionism” or “food nationalism”.



7. Antara negara yang sudah mula mengharamkan eksport sesetengah makanan adalah seperti;
a. Indonesia - minyak kelapa sawit
b. Argetina - minyak kacang soya
c. India - gandum
d. Turki - daging lembu, kambing, mentega, minyak masak
e. Iran - bawang, tomato, kentang
f. Mesir - minyak sayuran, jagung



8. Malaysia sendiri tidak ketinggalan untuk mengharamkan eksport ayam kepada Singapura untuk memastikan bekalan ayam dalam negara mencukupi.



9. Disebabkan itu lah, harga barang dalam Malaysia semakin meningkat. Bila pengharaman eksport itu berlaku, bekalan akan menjadi sedikit di saat permintaan masih lagi sama. Malah, barang barang yang digunakan untuk agrikultur seperti dedak dan baja turut naik. Ini akan menyebabkan kos operasi perladangan meningkat dan meningkatkan harga ayam, telur dan sayuran.



10. Untuk isu minyak masak pula, walaupun kita merupakan pengeluar kedua terbesar di dunia untuk minyak kelapa sawit, harga minyak kita akan masih terkesan kenapa? Pertama, sebab kita akan meraih keuntungan yang jauh lebih besar dengan mengeksport minyak tersebut. Kedua, sekalipun kita tidak mahu eksport minyak tersebut, kita tidak ada kapasiti yang cukup untuk proses minyak kelapa sawit. Oleh itu, kita terpaksa beli minyak masak yang sudah siap proses dengan harga pasaran dunia.



11. Mudahnya, peningkatan harga barang ini sememangnya akan berlaku. Pun begitu, ia menjadi lebih teruk disebabkan faktor geopolitik dunia yang semakin tegang yang akhirnya menganggu bekalan makanan dunia. Tapi percayalah, kerajaan sudah berusaha sedaya upaya untuk mengawal peningkatan ini demi memgimbangi impak inflasi dalam negara. Untuk rakyat pula, sentiasa lah bekerjasama bersama kerajaan dengan menjadi mata mata kerajaan untuk mencari siapa petualang yang sanggup menaik harga secara tidak munasabah.


Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA