MP KOTA BELUD KAKI BELIT
1. Hari ini Dewan Rakyat kecoh berikutan tindakan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah yang menuntut usul tergempar untuk membahaskan isu berkaitan tuntutan Kesultanan Sulu diluluskan.
2. Saya bersetuju bahawa konflik berkenaan tuntutan terhadap wilayah dan aset negara merupakan isu yang mustahak. Namun, hal ini tidak mewajarkan mana-mana Ahli Parlimen untuk menyeleweng fakta semata-mata kerana mahu usul ini diperbahaskan.
3. MP Kota Belud bertanyakan tentang sebab musabab ‘stay of execution’ dipohon pada 12 Julai sedangkan keputusan arbitrasi dibuat pada 28 Februari yang lalu.
4. Perkara ini salah. Sebenarnya, pemfailan ‘stay of execution’ sudah dibuat tiga hari setelah keputusan arbitrasi dikeluarkan, iaitu pada 3 Mac yang lalu. 12 Julai ialah tarikh Mahkamah Rayuan Paris meluluskan permohonan tersebut. Perkara ini berada di luar bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.
5. MP Kota Belud juga perlu faham lunas dan luhur undang-undang. Kerajaan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan PETRONAS sendiri telah memberikan penjelasan yang munasabah berkenaan isu terbabit. Tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menjawab tuntutan tersebut.
6. Memandangkan kes ini sedang dirayu, pasukan Peguam Negata perlu mengkaji segenap sudut dan menimbangkan pelbagai isu agar pendekatan yang diambil tidak tersilap langkah. Dalam tempoh yang genting ini, strategi amat penting dan tidak wajar didedahkan kepada pihak lawan.
7. Satu sidang khas boleh dipanggil hanya dan hanya pada waktu yang sesuai bagi membahaskan isu ini agar tidak memprejudiskan kes pembelaan di mahkamah.
8. Ahli Parlimen, termasuklah MP Kota Belud sewajarnya memberikan kepercayaan penuh kepada pasukan Peguam Negara untuk membela kedaulatan negara daripada sebarang bentuk ancaman.

Comments
Post a Comment