Nak #TURUN Apa Lagi?


 Tuntutan 1 : POTONG GAJI MENTERI


• Gaji Menteri & ahli Parlimen di bawah kepimpinan YAB DSIS tidak pernah dinaikkan.


• Gaji Menteri diperuntukkan mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang sama seperti semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.


Tuntutan 2 : KEKALKAN SUBSIDI


• Peruntukkan subsidi untuk tahun 2022 mencecah RM77.7 bilion, yang tertinggi dalam sejarah negara.


• Untuk bulan Julai dan Ogos sahaja, kerajaan umumkan subsidi tambahan untuk minyak dan telur berjumlah RM300 juta.


• Subsidi minyak masak botol merupakan subsidi sementara yang diperkenalkan selama 11 bulan bagi membantu rakyat berdepan dengan pandemik COVID-19.


Tuntutan 3 : BANTUAN BERMARUAH


• Disamping peruntukan subsidi yang tertinggi dalam sejarah negara, kerajaan meningkatkan pemberian bantuan kewangan terus melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)


• Kerajaan membelanjakan RM630 juta sebagai bantuan tunai tambahan yang telah disalurkan kepada penerima BKM bermula 27 Jun lalu.


Tuntutan 4 : KAWAL HARGA BARANG


• Penetapan harga siling bagi ayam kepada RM9.40 sekilo berkuatkuasa 1 Julai.


• Harga siling telur ayam ditetapkan bagi gred A (45sen/biji), gred B (43sen/biji) dan gred C (41sen/biji).


Tuntutan 5 : SELESAIKAN JAMINAN MAKANAN


• Setakat 2 Julai, permohonan Program Subsidi Upah (PSU) yang diluluskan untuk membantu golongan petani dan peladang mencecah RM12.9 bilion.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA