PERJANJIAN PERSEFAHAMAN BAGI MENGIKAT USAHASAMA & KESEPADUAN POLITIK : TIDAK SAH (INVALID), TIDAK BOLEH DIKUATKUASAKAN (UNENFORCEABLE), TIDAK BERPELEMBAGAAN (UNCONSITUTIONAL)

Hari ini tular apa yang didakwa sebagai sebahagian daripada perjanjian persefahaman di antara Perikatan Nasjonal dengan DS Ismail Sabri. Perjanjian tersebut mendakwa antara lainnya bahawa kerajaan hari ini ialah Kerajaan PN dan DS Ismail Sabri telah membelakangkan parti dan patut dipecat. Mari sini saya kongsikan 5 fakta sebenar untuk pemahaman semua -


1. Perjanjian Yang Tidak Sah (Invalid, Illegal)


Sekiranya terbukti kelak bahawa perjanjian di atas wujud, sebenarnya perjanjian tersebut tetaplah tidak sah. Perjanjian tersebut melibatkan peruntukkan berkenaan kuasa Perdana Menteri dan juga kuasa pembentukan kerajaan yang dipegang oleh YDPA. Sesebuah perjanjian tidak boleh mengatasi apa-apa peruntukkan perlembagaan atau undang-undang sedia ada. Mana mungkin perjanjian tersebut boleh digunakan untuk mengawal PM atau Kerajaan. Ini andaian yang merapu. Kalau PN nak berperang secara terbuka dengan PM ataupun nak tekan butang ke, memang tidak ada legal basis, sebab perjanjian tersebut akan terbukti tidak sah di mahkamah sebabnya ianya adalah void ab initio.


2. Perjanian Yang Tidak Mengikut Lunas Perlembagaan (Ultra Vires)


Apa maksud Ultra Vires ini? Maksud mudahnya ialah melampaui peruntukkan undang-undang. Satu-satunya undang yang mengawal dan mentadbir hal ehwal kerajaan dan pelantikan jemaat kabinet menteri adalah Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada PM dan YDPA sahaja. Tidak ada mana-mana perjanjian pun yang boleh mengatasi kuasa ini.


3. Sekadar MOU, Bukan Perjanjian (Not Legally Binding)


Kalau anda lihat kepada kepala dokumen yang didakwa tersebut sudah cukup bagi mereka yang celik hati dan akal untuk memahami bahawa 'perjanjian' yang didakwa tersebut hanyalah sekadar sebuat memorandum persefahaman. Dokumen tersebut hanyalah untuk memastikan bahawa PN memberikan kuasa kepada BN untuk menjadi pemimpin nombor satu negara. Tiada apa pun yang sulit dalam perjanjian tersebut. Kenapa tiba-tiba bila ada persefahaman ini dalam bentuk bertulis, ada yang berpura-pura kecoh dan terkejut? Lagipun, MOU tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk apa-apa perlanggaran atau perlaksanaan (execution). Sebabnya ialah kerana MOU ini hanyalah 'gentleman's agreement' dan tidak mempunyai kuasa undang-undang (legal force) dan tidak mengikat (legally binding).


4. Dokumen Yang Didedahkan Tidak Penuh (Incompetent Evidence)


Selain daripada masalah bahawa belum tentu sah lagi ataupun tidak dokumen tersebut, dokumen yang didedahkan oleh RPK itu juga tidak penuh pun. Belum tentu sah dan tidak lengkap. Maknanya apa? Kalau rajin membaca, anda sendiri boleh hidu bahawa ini adalah sabotaj politik semata-mata. Kalau betul sah, sudah tentu dokumen yang lengkap boleh didedahkan. Lepas tu, yang mendedahkan adalah RPK pula tu, seorang perlarian politik dan cytro pelbagai tuan. Jangan mudah termakan umpan. Kalau diheret perkara ini ke mahkamah dengan keterangan sedia ada, sudah tentu kes akan dibuang with full prejudice atas alasan bahawa dokumen yang terdedah ini not credible and inadmissable. Tak lengkap maka tak sempurna.


5. Kerajaan Keluarga Malaysia, Bukan Perikatan Nasional (Separate Entity)


Lobak Man ada mendesak supaya DS Ismail Sabri untuk dibawa ke lembaga disiplin UMNO atas alasan bahawa DS Ismail Sabri telah khianat UMNO dan cuba mengekalkan Kerajaan PN. Semua orang tahu bahawa Kerajaan PN ini dah tamat dah selepas Mahiaddin letak jawatan. Kerajaan sekarang yang ada adalah Kerajaan Keluarga Malaysia. Kalau nak lebih tepat dan legally speaking, ini Kerajaan Ismail Sabri. Dalam Perlembagaan Persekutuan, kerajaan adalah lantikan Perdana Menteri yang dilantik oleh YDPA. Mana ada mana-mana parti boleh dakwa bahawa ini adalah kerajaan parti dia ataupun tidak. Hak melantik kabinet kerajaan adalah milik PM, bukan milik Presiden UMNO ataupun Presiden PN. Kerajaan PN sudah tidak wujud. Kerajaan sekarang ada 'new entity entirely'. Lebih tepat lagi ialah kerajaan sekarang 'is not privy' kepada perjanjian yang didakwa ini.


In short, ini adalah perjanjian yang invalid, illegal, unenforceable, unconstitutional and ultra vires.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA