PTPTN : YANG MENABUR JANJI, YANG MENABUR BAKTI

Ada 2 jenis pemimpin. Satu, mereka yang berjanji segala macam perkara.


Kalau kami berkuasa, kami akan buat itu ini. Selepas berkuasa, realiti menyedarkan golongan ini betapa idea mereka tidak lebih sekadar fantasi dan angan-angan bermodalkan air liur.

 

Contohnya, politikus Pakatan Harapan.


Janji sebelum menawan Putrajaya, mereka mahu berikan pendidikan percuma. Mereka ingin mereformasikan PTPTN. Kata mereka, pendidikan itu milik semua.


Pertama, mereka mahu melupuskan hutang PTPTN kepada kelompok B40 dan M40. Gagal.


Kedua, mereka mahu menangguhkan bayaran balik kepada peminjam sehingga gaji mereka mencecah RM4000 sebulan. Gagal.


Sebaik bersemayam di Putrajaya, mereka sedar bahawa idea-idea ini tidak boleh direalisasikan.


Lebih teruk, mereka membatalkan pula keistimewaan pengecualian pembayaran semula PTPTN kepada graduan kelas pertama. Malah, beberapa lagi keistimewaan lain seperti diskaun kepada pembayar yang konsisten turut dimansuhkan.


Jenis pemimpin kedua, mereka yang hanya mahu berbakti.


Janji itu terlalu murah, semua boleh beri, semua boleh terbeli.


Bakti pula memerlukan tindakan. Mereka ini realistik, bukan idealistik.


Mujur masih ada yang memilih untuk menabur bakti dan bukan sekadar menabur janji.


Sempena sambutan Jubli Perak PTPTN, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan bahawa keistimewaan pengecualian bayaran balik PTPTN kepada graduan kelas pertama akan dikembalikan. Pengecualian ini diberikan kepada graduan yang menamatkan pengajian bermula 2019, walaupun Ismail Sabri hanya mula menjadi Perdana Menteri pada tahun 2021.


Beberapa skim dan insentif lain akan turut diperkenalkan bagi membantu peminjam.


Bagi yang menabur janji, PTPTN sekadar tabungan untuk mereka sendiri mendaki ke menara kuasa.


Bagi yang menabur bakti, PTPTN itu tabungan untuk anak-anak bangsa mendaki ke menara gading demi mengubah nasib keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA