YAB PM SUDAH BAKAR SEMANGAT JENTERA BN UNTUK SERANG DAP, BUKAN SERANG SESAMA KITA

 


Konvensyen BN Selangor hari ini benar-benar membenihkan pengharapan kita bukan sahaja untuk kembali menawan semula Selangor, namun untuk membentuk kerajaan baru BN pasca PRU-15.


Kehadiran YAB PM DSIS disambut meriah ahli-ahli BN Selangor.


Ini poster boy kami. Ini wajah Barisan Nasional.


Perwakilan tidak henti-henti mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YAB PM DSIS berikutan kejayaan meluluskan RUU Anti Lompat Parti dan pindaan perlembagaan UMNO di ROS.


Ucapan YAB PM DSIS cukup jelas. Beliau mahu parti terus setia bersama beliau. Beliau tidak mahukan perpecahan dalaman.


Dalam parti ini, hanya ada satu kem.


Kem Barisan Nasional.


Musuh kita DAP dan sekutu mereka. Musuh kita bukan mereka yang berada di rumah sendiri.


BN perlu terus mempromosikan jenama kestabilan yang semakin sinonim dengan parti. Serangan-serangan dalaman terhadap pemimpin parti hanya akan menjauhkan BN daripada jenama kestabilan.


Jangan pernah dilupa derita 22 bulan di bawah pemerintahan DAP.


Sewaktu itu, Ismail Sabri ialah Ketua Pembangkang, mengetuai BN dalam tempoh paling getir dalam sejarah parti.


Kini, beliau ialah Perdana Menteri. Namun, perjuangan belum selesai. Di bawah kepimpinan beliau, kita akan bersiap sedia untuk perang yang mendatang.


HIDUP BN!


HIDUP BN!


HIDUP BN!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA