5 BUKTI ISMAIL SABRI PERDANA MENTERI YANG BERANI DAN TIDAK PERNAH TAKUT DENGAN KUASA BESAR DUNIA
Ismail Sabri merupakan seorang Perdana Menteri yang sangat tegas dalam pendiriannya. Dan bagi beliau, tidak kisahlah siapa yang perlu ditegur, beliau akan tegur, tidak kira pihak ditegur itu kuasa besar dunia ataupun tidak. Ini menunjukkan beliau sangat berani untuk bersuara dan lantang dalam isu isu melibatkan Malaysia. Ini antara bukti Ismail Sabri tidak pernah takut dengan kuasa besar dunia;
1. Laporan Pemerdagangan Manusia
Baru baru ini, Malaysia telah menerima lawatan Nancy Pelosi, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat diringi dengan delegasi.
Pun begitu, ketika perbincangan, Ismail Sabri berani meminta AS menilai semula penarafan Tahap 3 (Tier 3) kepada negara ini dalam Laporan Pemerdagangan Manusia yang dikeluarkan negara tersebut. Kali terakhir kita berada dalam Tier 2 ialah pada tahun 2017.
2. Isu Israel-Palestin
Persidangan Kemuncak AS-Asean 12-13 Mei 2022, Ismail Sabri berani bersuara mengenai isu Palestin sedangkan secara umum tahu yang AS di belakang Israel dan sentiasa menyumbang duit kepada ketenteraan.
3. Prinsip ZOPFAN
Ismail Sabri juga menekan isu keselamatan Laut China Selatan di depan Joe Biden. Dan seperti semua tahu, AS sendiri sudah mula memasuki Laut China Selatan dan menghantar kapal pengawal di perairan tersebut.
4. Kod Tatalaku Cara untuk Laut Cina Selatan
Di Persidangan Nikkei 2022, Perdana Menteri Malaysia itu juga lantang bersuara menegur China untuk segerakan Kod Tatalaku (COC) untuk memastikan keselamatan Laut China Selatan. Ini berikutan pelbagai siri pencerobohan, perisikan dan pembinaan kem tentera di kepulauan kepulauan di Laut China Selatan.
5. Isu Russia dan Ukraine
Di hadapan China sendiri Ismail Sabri meminta untuk kesemua negara Asean jangan memilih di antara AS dan China. Beliau tegaskan kita kena sentiasa bebas dan berkecuali.
Teguran teguran yang dilakukan oleh Ismail Sabri kepada negara negara besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat adalah perkara yang sangat jarang dilakukan oleh mana mana pemimpin dunia. Apatah lagi teguran tersebut dilakukan di hadapan pemimpin negara tersebut dan diucapkan kepada khayalak ramai.
Tindakan dan teguran ini jelas menunjukkan Ismail Sabri adalah seorang yang sangat mementingkan keamanan Malaysia. Bagi beliau, hidup dan matinya hanya untuk Malaysia.

Comments
Post a Comment