5 KEGAGALAN UTAMA MUHYIDDIN SEWAKTU JADI PERDANA MENTERI

 


PPBM atau lebih dikenali sebagai BERSATU adalah parti yang dikenali sebagai "port" bagi katak katak politik. Kini gerakkan dari Parti ini yang kerap kali memberi kritikan terhadap kepimpinan Ismail Sabri telah menunjukkan mereka sudah tidak lagi menghormati persefahaman yang telah dipersetujui. Mahiaddin sendiri yang dianggap sebagai HERO dalam BERSATU turut membuat kenyataan kenyataan yang boleh dikatakan seperti "gila kuasa" tetapi realitinya ia adalah tindakkan seperti orang yang takut " hilang kuasa".

Kalau benar Mahiaddin ini seorang HERO, mari kita telusuri semula siri kegagalan ketika Mahiaddin menjadi seorang Perdana Menteri


1. PENUTUPAN PARLIMEN PALING LAMA.

Ya,tidak dinafikan wabak covid19 menjadi punca kenapa parlimen ditutup. Tapi antara punca utama bagaimana Covid19 merebak dengan dahsyat apabila Kerajaan Mahiaddin ketika itu lambat membuat keputusan, masih membenarkan pelancong cina untuk masuk kedalam negara. Dan akhirnya, tempoh darurat disalah guna hanya kerana mahu menjamin kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri. Bermula 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021, sidang parlimen telah ditutup walau didesak oleh pelbagai ahli parlimen. PKP 2.0 kan dah ada,kenapa nak darurat dan TUTUP PARLIMEN sampai 6 bulan?!. Ini semua sebab takut kerana beliau sudah hilang majoriti ketika itu dan demi KUASA, biar rakyat derita. Kita TUTUP PARLIMEN! 

GAGAL.


2. COVID 19 : Pelbagai Dasar Yang Lemah.

Dari PKP,PKPP,PKPD,PKP 2.0 dan akhirnya, Mahiadin mengumumkan lockdown! 6 Bulan rakyat kena kurung, selepas itu TOTAL LOCKDOWN. Nak tahu apa kesan total lockdown ini? Kes kematian rakyat Malaysia naik berganda! Dari 2800 hingga 5768 korban hanya dalam tempoh 38 hari setelah Mahiaddin umumkan lockdown ini. Ada dia minta maaf? Kegagalan ini adalah yang paling agung kerana beliau bermain dengan nyawa rakyat hanya kerana kebobrokan perancangan beliau sebagai Perdana Menteri.


3. Bapa Perutusan dan PDF Malaysia.

Sampai ke masuk hospital pun buat kenyataan media! Ini paling epik dalam sejarah mana mana perdana menteri. Perutusan Mahiaddin dengan penjenamaan "abah" mungkin sekadar ingin rasa dekat pada rakyat. Namun, perutusan "Abah" ini sudah dilihat sekadar perutusan "Bapak Tiri" apabila cakap tak serupa bikin. Tuntutan Moratorium tanpa caj/faedah terakru, dasar moratorium tidak dipanjangkan kepada agensi-agensi kerajaan contohnya LPPSA, skim i-citra yang tidak mesra rakyat, bantuan BPR,BPN dan BKC yang amat lembab dan terhad sehingga ramai tercicir kerana kerenab birokrasi yang tinggi, dan semua ini hanya cantik pada PERUTUSAN dan PDF. Apabila ingin melaksanakan, GAGAL!


4. Keyakinan Rakyat Hancur Lebur.

Ketiaka Mahiaddin sebagai Perdana Menteri, jumlah kes bunuh diri memang paling tinggi. Jumlah kes bunuh diri dari Mac 2021 sehingga Mei 2021 adalah sebanyak 1099 kes!. Dan ketika ini jugak rakyat sudah mulakan kempen #benderaputih. Bila rakyat sehingga tahap ini, maka jelas GAGAL nya seorang Perdana Menteri dan leburnya hati seorang rakyat.


5. Dunia Meletakkan Malaysia Sebagai Tercorot

Bagi strategi pengurusan wabak covid19, Bloomberg telah menyatakan negara kita di tangga ketiga tercorot daripada 53 negara ekonomi dunia. Dan ini direkodkan didalam Indeks Pengendalian Covid19. Perkara ini berlaku semasa dibawah pemerintaha HERO BERSATU iaitu Mahiaddin.


Belum lagi masuk Ingkar Perintah agung dan menipu nama sebenar beliau. Cukuplah 5 kegagalan terbesar ini menjadi petanda bahawa Mahiaddin Yassin ini bukan lah hebat mana, cuma sekadar menggambarkan tepat nya peribahasa melayu, "Bagai Anjing Menyalak Bukit".

GAGAL

GAGAL

GAGAL

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA