APA LAGI BERSATU MAHU?
Kebelakangan ini, tangis dan rengek Bersatu semakin membingitkan.
Mereka ingin bersemuka dengan Ismail Sabri. Mereka mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Soalan satu, adakah dengan menghuni jawatan nombor dua kabinet, krisis makanan dan kemelut ekonomi negara selesai? Tidak.
Yang bakal terisi dengan jawatan tersebut bukannya perut rakyat yang lapar, tetapi nafsu mereka yang haus.
Soalan dua, siapa calon Timbalan Perdana Menteri anda?
Muhyiddin? Individu yang sanggup mengunci pintu Parlimen hanya kerana mahu memanjangkan hayat sebagai Perdana Menteri.
Hamzah? Operator politik yang menumbangkan kerajaan Sabah dan menaikkan kes Covid-19.
Azmin? Kitol dan katak. Politikus yang paling dibenci rakyat masa kini.
Peja? Haha.
Bunga raya sedang layu. Ini hakikatnya.
PRN Melaka, 2 kerusi. PRN Johor, 3 kerusi. MB Perak tumbang.
Sebelum bunga raya ditabur di atas pusara sendiri semasa PRU-15 nanti, ini adalah masa-masa akhir mereka untuk mengecap nikmat kuasa.
Belasungkawa Bersatu!

Comments
Post a Comment